Parlimen Switzerland tolak rang undang-undang pengharaman purdah

 

BERN – Parlimen Switzerland menolak rang undang-undang kontroversi yang mahu mengharamkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita Islam di negara itu.

Majlis Negeri-Negeri pada Khamis mengundi menentang langkah itu, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada September tahun lepas.

Rang undang-undang itu diketuai oleh sayap kanan Parti Rakyat Switzerland yang mahu mengubah Perlembagaan mengharamkan pakaian purdah di khalayak ramai.

Ahli Parlimen, Walter Wobmann telah mengumpulkan tandatangan untuk melancarkan referendum mengenai larangan itu. Dia mendakwa kempen larangan purdah di khalayak ramai berjaya mengumpul lebih dua pertiga daripada 10,000 tandatangan memaksa referendum.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen, Andrea Caroni menentang rang undang-undang larangan itu, dan memuji keputusan dewan tertinggi Parlimen.

Katanya, pengharaman purdah tidak relevan dilaksanakan di negara itu berikutan lima peratus – kira-kira 8.2 juta rakyat – adalah beragama Islam.

Beberapa negara Eropah telah menerima pakai sekatan ke atas pemakaian Islam sejak tahun 2000. Perancis menjadi negara Kesatuan Eropah pertama yang mengharamkan orang ramai memakai burqa pada April 2011.

Pengharaman itu turut dilaksanakan di Belgium pada Julai tahun yang sama, melarang sebarang bentuk pakaian yang mengaburkan identiti pemakainya di khalayak ramai.

Sementara di Belanda, undang-undang yang sama masih menunggu kelulusan Senat. Ia telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan Belanda pada November tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts