Pasir Gudang: Jangan sampai ada nyawa yang teraniaya

 

1. DALAM perbahasan Maqasid Syariah, menjaga nyawa itu lebih utama dari menjaga kepentingan harta. Bererti tindakan memastikan keselamatan nyawa mestilah didahulukan dan diperkasakan daripada mempertahankan kilang di Pasir Gudang.

2. Al-Imam al-Shinqiti menyebutkan turutan keutamaan dalam Maqasid Syariah. Beliau menjelaskan bahawa:

دين فنفس، ثم عقل ، نسب مال إلى ضرورة تنتسب

“(Menjaga) Agama dahulu, kemudian nyawa, kemudian aqal, nasab dan harta, adalah turutan keutamaan yang tersandar.” (Sharh Maraqi al-Su’ud)

3. Dalam isu Pasir Gudang ini, siasatan mestilah dijalankan dengan terperinci, adil dan transparent. Keutamaan dan perhatian mestilah diberikan dalam usaha memelihara nyawa dahulu, mengatasi kepentingan kilang. Janganlah sampai ada nyawa yang teraniaya.

 

 

4. Pandangan dan nasihat rakyat juga perlu diambil perhatian. Dalam sebuah hadith Rasulullah menegur pemimpin tidak mengendahkan keperluan dan nasihat rakyat. Sabda Rasulullah:

ما مِن عَبْدٍ اسْتَرْعاهُ اللَّهُ رَعِيَّةً، فَلَمْ يَحُطْها بنَصِيحَةٍ، إلَّا لَمْ يَجِدْ رائِحَةَ الجَنَّةِ

“Tidaklah seorang hamba itu dilantik oleh rakyat menjadi pemimpin, namun dia tidak mengambil peduli nasihat (pandangan) dari rakyat, melainkan mereka ini tidak akan dapat mencium bau syurga (bau yang boleh didapati dari jarak yang sangat jauh) (HR al-Bukhari).

5. Malah Rasulullah turut menegur sekiranya seorang pemimpin menyembunyikan sesuatu atau menipu sesuatu yang boleh menyebabkan kezaliman berlaku terhadap rakyat. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tidak ada seorang hamba yang dilantik oleh rakyat, dan kemudian dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan diharamkan ke atasnya syurga.” (HR Muslim)

6. Maka dengan itu tidak hairanlah Saidina Umar sangat bimbang sekiranya ada nyawa yang teraniya dibawah pemerintahannya sekalipun seekor binatang. Saidina Umar pernah meluahkan kebimbangannya tentang perkara ini. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sekiranya ada seekor kambing yang mati dipersisiran Sungat Furat kerana terbiar (dizalimi), aku bimbang kalau-kalau Allah tanya aku berkenaan dengannya hari kiamat nanti.

Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap penduduk Pasir Gudang.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts