Peluang sempurnakan iman dengan membantu

 

1. Apabila kerajaan mengumumkan PKP penuh bermula pada 1 Jun 2021 , kita kena akur ada di kalangan rakyat marhaien akan terkesan secara langsung . Bagi yang menyara hidup dengan pekerjaan sara hidup harian, pasti akan merasa berdebar untuk mengharung hidup hari-hari berikutnya.

2. Bayangkan situasi “ wang yang ada di tangan hanya RM 10 untuk menyara anak isteri menghadapi suasana tidak dapat mencari rezeki sesuap nasi untuk satu tempoh yang tidak diketahui.

3. Di sini lah ujian juga bagi mereka yang berpendapatan tetap serta tidak terkesan dengan pandemic , begitu juga mereka yang mempunyai tabungan wang yang kukuh untuk sama -sama menghayati hadith Nabi SAW riwayat al Bukhari dan Muslim “ Tidak sempuna iman salah seorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

4. Antara langkah praktikal yang boleh kita laksanakan tanpa menunggu arahan mana -mana pihak ialah peruntukkan dan asingkan beberapa peratus dari gaji kita khusus untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

5. Carilah saudara mara kita yang terdekat untuk kita mulakan memberi bantuan, jiran-jiran kita dan masyarakat sekeliling kita.

6. Gunakan kemudahan infaq secara online yang sangat mudah untuk sampai kepada pihak yang dibantu dan dapat menjaga kualiti infaq kita.

7. Bantulah dengan membeli barangan jualan yang ditawarkan atas talian , tidak mengapa kita membayar lebih atau menghalalkan baki duit bayaran kita.

8. Begitu juga dengan adik-adik grabfood, bayarlah perkhidmatan mereka dan lebihkan bayaran untuk duit saku mereka.

“SEMPURNAKAN IMAN KITA DENGAN MEMBANTU”

Dato’ Ust Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Manusia paling kaya

  JIWA manusia tidak pernah cukup dengan harta dunia. Manusia sentiasa mengejar kekayaan sekalipun apa yang telah ada disisinya…