Pelupusan al-Quran perlu ikut prosedur

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja pelupusan naskhah al-Quran perlu diserahkan kepada urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri agar dapat dilupuskan dengan sempurna.

Jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, orang ramai perlu menghantar naskhah yang hendak dilupuskan kepada pejabat agama terdekat.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian seorang pemilik kedai melakukan pembakaran naskhah al-Quran yang rosak di makan anai-anai secara terbuka di Jalan Kompleks Hijau, Puchong Perdana di sini, semalam.

Siasatan polis mendapati, wanita pemilik kedai itu membakar kira-kira 20 naskhah al-Quran kerana kitab itu sudah rosak namun beliau tidak berniat menghina agama.

Bagaimanapun, seorang ahli kariah masjid As-Salam Puchong Perdana di sini, mengambil semua sisa naskhah al-Quran terbabit bagi tujuan pelupusan dengan cara lebih sempurna.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pembakaran yang dilakukan wanita itu tidak mengikut prosedur ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam Uthmani hendaklah dilupuskan.

Jurucakap Jakim berkata, kaedah pelupusan ayat al-Quran dengan cara pembakaran hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

“Bahan-bahan atau debu mengandungi ayat suci al-Quran yang sudah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

“Bahan yang sudah dibakar hendaklah ditanam di tempat bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
  1. nak tny tak leh ker kita lupus kan al-quran tu sendiri dengn kaedah bakar nya .. sbb pihak jakim juga buat pekara yang sama ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts