Peluru berpandu dipintas berhampiran Makkah

 

RIYADH – Peluru berpandu balistik yang ditembak oleh pemberontak Yaman di kawasan berhampiran Makkah berjaya ditembak jatuh tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi.

Peluru berpandu itu dipintas 69 kilometer (43 batu) di selatan bandar raya di barat Arab Saudi, kata gabungan itu dalam satu kenyataan, menyebutnya sebagai satu cubaan terdesak oleh pemberontak Syiah Huthi untuk mengganggu ibadah haji, yang akan bermula pada akhir bulan Ogos.

Serangan peluru berpandu balistik, serta serangan roket jarak jauh yang lebih kerap di sempadan selatan, telah beberapa kali dilakukan sebelum ini dan ianya bukan kali pertama pemberontak melancarkan peluru ke arah Mekah.

Pada bulan Oktober, mereka melancarkan satu serangan jarak jauh menentang Arab Saudi, menembak peluru berpandu balistik yang berhampiran bandar suci itu.

Tetapi serangan baru itu dianggap sengaja memberi ancaman menjelang ibadah haji, apabila kira-kira dua juta umat Islam yang taat dari seluruh dunia akan melawat tanah sucti itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts