Pemandu mabuk: Kesimpulannya hukum gantung pesalah

 

BANGI – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggariskan tiga kesimpulan yang boleh ambil kerajaan dalam menangani masalah pemandu mabuk di negara ini.

Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, satu daripada kesimpulan berkenaan adalah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

“Nampaknya satu kajian perlu dibuat melibatkan pemandu mabuk dan mangsa kejadian.

“Kesimpulan, haramkan penjualan arak, tahan lesen memandu seumur hidup dan hukuman gantung sampai mati,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41,meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

“Mangsa yang memandu kereta Toyota Yaris difahamkan dalam perjalanan dari rumah di Sungai Isap Perdana ke Gabeng kerana bekerja syif malam sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta Toyota C-HR yang dipandu melawan arus dan dalam keadaan berbahaya.

“Kereta itu dipercayai mula dipandu melawan arus dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkannya hampir bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang perlu mengelak daripada berlanggar,” katanya semasa dihubung, di sini, hari ini.

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. dah tau mabuk memandu jugak… agak undang2 lemah.. mulai tahun ni.. mabuk ketika memandu hingga srbabkan kematian lain orang.. hukuman gantung samoai mati. kakau kena kat dia baru dia tau… ayuh mohon kerajaan bubar undang 2 lama tu… noorsan

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts