Pemegang visa pelancong boleh tunaikan umrah

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa warga asing yang mengunjungi negara itu melalui visa pelancong boleh melakukan ibadah umrah selepas mendapatkan permit umrah melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Kementerian itu berkata, pemegang visa lawatan juga boleh mendapatkan permit umrah dengan melakukan proses pendaftaran menerusi aplikasi Eatmarn.

“Pembukaan akaun di Eatmarna hanya boleh dilakukan selepas individu itu mengemas kini status kesihatan mereka pada aplikasi Tawakkalna.

“Hanya mereka yang sudah mengambil dua dos vaksin Covid-19 atau selesai 14 hari selepas mengambil dos pertama vaksin atau pulih daripada jangkitan Covid-19 saja layak untuk mendapatkan visa umrah,” menurut kementerian berkenaan.

Sekitar 500 syarikat dan pertubuhan umrah dan lebih 6,000 ejen asing sudah mula menerima jemaah umrah warga asing yang sudah divaksin berkuat kuasa 9 Ogos lalu.

Mereka yang berminat boleh menempah pakej-pakej umrah dan membuat bayaran melalui sekitar 30 laman dan platform dalam talian yang disediakan di seluruh dunia untuk membuat tempahan.

Kementerian Haji dan Umrah baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk melancarkan satu mekanisme baru untuk mengeluarkan visa umrah sekali sahaja menerusi dalam talian.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts