Pengkhianat adalah teman paling keji

1.  Pada 18 Disember yang lalu, pihak SPRM telah menerima kunjungan dari  Federal Bureau of Investigation (FBI). Ini bagi tujuan menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa.

  1. Sebahagian warga maya melihat kunjungan ini mungkin turut melibatkan isu saluran sumbangan wang kepada saudara kita yang dizalimi di Pal.es.teen. Ini kerana Pengarah FBI, Christopher A. Wray, yang hadir ke SPRM tersebut juga telah mengisytiharkan pejuang H sebagai tero.ris dalam ucapan pembukaan beliau pada the House Committee on Homeland Security.
  2. Janganlah pula berlaku pengkhianatan atau pembocoran maklumat yang menjejaskan sumbangan kita kepada saudara kita yang dizalimi. Dalam sebuah hadis Rasulullah berdoa agar dijauhkan daripada sifat khianat daripada teman-temannya sendiri. Sabda Rasulullah:

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَتِ الْبِطَانَةُ

“Dan aku berlindung dari pengkhianatan, kerana ia adalah seburuk-buruk teman.”

  1. Perhatikan bagaimana Rasulullah menyifatkan perbuatan khianat ini sebagai teman yang paling buruk. Bahkan mereka disifatkan seperti munafiq yang kerap mengengkari janji.
  2. Dalam Islam, perlakuan khianat adalah perbuatan yang sangat tercela. Rasulullah menyenaraikan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada sifat-sifat orang munafiq. Malah al-Imam al-Zahabi meletakkan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada dosa besar.
  3. Sifat khianat inilah yang meruntuh sesebuah kedaulatan negara. Ingatkan kita bagaimana Ibn al-Alqami yang mengkhianat Kerajaan Bani Abbasiyyah sehingga kedaulatan mereka runtuh diserang Tatar. Pengkhianatan dari dalam lebih mudah untuk meruntuhkan keutuhan negara.
  4. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Islam di Andalaus. Menurut Dr. Abdul Halim Uwais, salah satu daripada 40 sebab daripada kejatuhan kerajaan Islam ini adalah disebabkan kerana pengkhianatan dalaman. Sebahagian pemerintah kabilah telah memihak kepada musuh termasuklah Ibn al-Ahmar, pemerintah di Granada.
  5. Pengkhianatan dalam lebih merbahaya dari permusuhan yang zahir. Ia mampu membinasakan sebuah negara malah menzalimi kaum Muslimin itu sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts