Penyatuan satu sistem pendidikan penting demi perpaduan rakyat

 

SALAM buat semua warga pendidik

1. Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana kita telah melangkah ke tahun 2021 dengan penuh keinsafan dan kesedaran melalui norma baharu pendidikan. Semoga tahun 2021  memberikan harapan dan  peluang lebih baik dalam arena pendidikan setelah kita menempuh cabaran akibat pendemik covid 19.

2. i-Guru  ingin merakam setinggi tinggi tahniah kepada seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan bakti dan usaha tanpa jemu bagi memacu kecemerlangan pendidikan negara dan pembangunan sumber daya manusia melalui wadah pendidikan khususnya komitmen yang diberikan dalam memastikan kelangsungan anak-anak murid mendapat akses pendidikan yang baik. Kreativiti dan kepedulian manusiawi adalah kunci kejayaan pendidikan masa depan.

3. Untuk mendepani cabaran pendidikan masa depan dan menyahut keperluan global, pemimpin dan penggerak pendidikan perlu melakukan shifting idea dan keupayaan kemahiran terutama dalam penguasaan pembelajaran digital dengan penerokaan kaedah pengajaran yang lebih efektif, inklusif serta partisipatif.

4.  iGuru berharap langkah pihak KPM untuk memansuhkan UPSR dengan kaedah pentaksiran yang lebih holistik dapat meningkatkan mutu pendidikan dan melahirkan murid- murid yang menepati kehendak dan ruh Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta selari dengan SDG ( Sustainable Development Goal). Ini diharapkan agar pendidikan dapat menumpukan usaha  kepada pembinaan karektor dengan mengiktiraf bakat dan potensi setiap murid.

5. i-Guru berharap pihak KPM segera mempercepatkan usaha meningkatkan akses internet, menyediakan kemudahan alat peranti kepada murid- murid yang memerlukan serta membantu menyelesaikan isu murid- murid yang keciciran pendidikan dalam aspek penguasaan 3M. Ia adalah suatu yang menjadi kebimbangan semua pihak akibat tempoh pembelajaran secara dalam talian. Ini dibimbangi mengurangkan minat dan motivasi  murid- murid untuk belajar dan pergi ke sekolah.

6. i-Guru juga mendoakan agar pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM  pada tahun ini terus bermotivasi dan cukup persediaan untuk membuktikan mereka mampu mencipta kejayaan dengan cemerlang meskipun berdepan dengan norma baharu pembelajaran akibat pendemik covid 19.

7. Akhir sekali i-Guru melihat usaha penyatuan satu sistem pendidikan melalui satu aliran pendidikan (sekolah satu aliran) amat penting demi penyatuan dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dari sistem sedia ada yang terpisah-pisah mengikut etnik bangsa.

8. Semoga semua warga guru terus komited, berdisiplin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Selamat menempuh tahun baharu dengan semangat kepedulian dan minda yang kreatif dan inovatif. – Ismaweb

Selamat Tahun Baharu 2021

“Mendidik Generasi Kepedulian Kami”

Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts