Penyelewengan Wan Ji menggunakan nama Ibnu Taimiyah

 

BUAT ke sekian kalinya, dalam rancangan Analisis, Wan Ji masih mengulang penyelewengan dan hujah lapuknya untuk menghalalkan pelantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin negara dengan memetik nama Ibnu Taimiyyah rahimahullah.

Sedangkan konteks perbahasan “kata-kata Ibnu Taimiyah” yang dinaqalnya, dari sudut penghujahan Syarak atau berdasarkan disiplin ilmu usul fiqh, bukanlah dalil untuk mengharuskan pelantikan bukan Islam sebagai pemimpin negara. Tapi hanyalah untuk menunjukkan betapa pentingnya untuk mengangkat keadilan, serta menunjukkan sunnatullah bahawa negara yang betul-betul menjaga keadilan akan mendapat pertolongan Allah.

Selain itu, perlu juga diketahui bahawa kata-kata tersebut hakikatnya BUKAN kata-kata Ibnu Taimiyyah. Tetapi Ibnu Taimiyyah hanya menaqalkannya tanpa menyebut sumbernya.

Terdapat dua tempat dalam kitabnya “Majmu al-Fatawa” yang dinaqalkan kata-kata ini;

“وَلِهَذَا يُرْوَى : اللَّهُ يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الْعَادِلَةَ وَإِنْ كَانَتْ كَافِرَةً وَلَا يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الظَّالِمَةَ وَإِنْ كَانَتْ مُؤْمِنَةً”
“…dan dengan ini, diriwayatkan: Allah menolong sebuah negara yang adil walaupun ia kafir dan tidak menolong negara yang zalim meskipun ia beriman” (Majmu al-Fatawa, jil. 28, m/s 63)

وَلِهَذَا قِيلَ : إنَّ اللَّهَ يُقِيمُ الدَّوْلَةَ الْعَادِلَةَ وَإِنْ كَانَتْ كَافِرَةً ؛ وَلَا يُقِيمُ الظَّالِمَةَ وَإِنْ كَانَتْ مُسْلِمَةً”
“…dan dengan ini, dikatakan: Allah menolong sebuah negara yang adil walaupun ia kafir dan tidak menolong negara yang zalim meskipun ia mukmin/beriman”. (Majmu al-Fatawa, jil. 28, m/s 146)

Perhatikan betul-betul bahawa Ibnu Taimiyyah hanya menyebut “diriwayatkan” dan “dikatakan” sebelum menaqalkan kata-kata tersebut.

Ini menunjukkan bahawa ia bukanlah kata-katanya yang membolehkan kita boleh berhujah menghalalkan pemilihan non-muslim sebagai pemimpin negara dengan menggunakan nama Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah sebagai sandaran.

 

 

Bahkan hakikat yang Wan Ji tidak pernah bongkarkan sejak dulu adalah:

Ibnu Taimiyyah amat tegas apabila berbicara isu Siyasah Syar’iyyah yang melibatkan isu wala’ dan bara’, di mana menurutnya umat Islam TIDAK dibenarkan wala’ kepada orang kafir apatah lagi melantiknya sebagai pemimpin negara meskipun dia berlaku baik dan wajib wala’ kepada orang Islam meskipun dia zalim.

Kata Ibnu Taimiyah dengan begitu jelas:

“فَإِنْ كَانَ هُنَاكَ مُؤْمِنٌ فَعَلَيْهِ أَنْ يُوَالِيَهُ وَإِنْ ظَلَمَهُ ؛ فَإِنَّ الظُّلْمَ لَا يَقْطَعُ الْمُوَالَاةَ الْإِيمَانِيَّةَ”

“Maka jika di sana terdapat seorang mukmin, maka hendaklah wala’ kepadanya meskipun beliau zalim, kerana kezaliman seorang mukmin tidak memutuskan wala’ atas dasar keimanan”. (Majmu’ al-Fatawa, jil. 28, m/s 208)

Katanya lagi;

وَلْيَعْلَمْ أَنَّ الْمُؤْمِنَ تَجِبُ مُوَالَاتُهُ وَإِنْ ظَلَمَك وَاعْتَدَى عَلَيْك وَالْكَافِرُ تَجِبُ مُعَادَاتُهُ وَإِنْ أَعْطَاك وَأَحْسَنَ إلَيْك ؛ فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ بَعَثَ الرُّسُلَ وَأَنْزَلَ الْكُتُبَ لِيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ فَيَكُونُ الْحَبُّ لِأَوْلِيَائِهِ وَالْبُغْضُ لِأَعْدَائِهِ وَالْإِكْرَامُ لِأَوْلِيَائِهِ وَالْإِهَانَةُ لِأَعْدَائِهِ وَالثَّوَابُ لِأَوْلِيَائِهِ وَالْعِقَابُ لِأَعْدَائِهِ

“dan ketahuilah sesungguhnya seorang mukmin wajib untuk wala kepadanya meskipun dia menzalimi dan mengancam kamu. Dan wajib untuk memusuhi orang kafir meskipun dia memberimu sesuatu dan berbuat baik dengan kamu. Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan kitab-kitab untuk menjadikan agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Maka cinta itu adalah untuk wali-wali Allah dan kebencian itu untuk musuh-musuh-Nya. Dan penghormatan itu untuk wali-wali Allah dan penghinaan itu adalah untuk musuh-musuh-Nya. Dan ganjaran itu untuk wali-wali Allah dan balasan azab itu adalah untuk musuh-musuhNya.” ibid.

Ya, inilah hakikat pendirian Ibnu Taimiyyah yang amat tegas dalam isu wala’ dan bara’ yang disembunyikan Wan Ji. (Adapun pengaplikasiannya dalam konteks politik Malaysia perlu diteliti dan diperhalusi lagi)

Daripada perspektif maqasid pula, Ibnu Taimiyyah dengan jelas mengatakan bahawa tujuan pemerintahan adalah untuk mengangkat Agama Islam:

أَنَّ جَمِيعَ الْوِلَايَاتِ فِي الْإِسْلَامِ مَقْصُودُهَا أَنْ يَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ؛ وَأَنْ تَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا؛ فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى إنَّمَا خَلَقَ الْخَلْقَ لِذَلِكَ وَبِهِ أَنْزَلَ الْكُتُبَ وَبِهِ أَرْسَلَ الرُّسُلَ وَعَلَيْهِ جَاهَدَ الرَّسُولُ وَالْمُؤْمِنُونَ

“Sesugguhnya tujuan segala pemerintahan dalam Islam adalah untuk menjadikan agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata, dan memastikan kalimah Allah itu adalah yang tertinggi. Maka sesungguhnya Allah s.w.t mencipta makhluk bagi tujuan tersebut. Dan dengan itu Allah menurunkan kitab-kitab dan Rasul-Rasulnya. Dan di atas jalan inilah Rasullah dan orang-orang beriman berjihad”
(Majmu al-Fatawa, Ter. Majma Malik Fahd, Madinah, jil. 28, m/s 61).

LOGIKKAH dengan melantik bukan Islam yang menentang agenda Islam sebagai pemimpin negara, boleh mencapai maqasid politik dan pemerintahan menurut Islam seperti yang dijelaskan Ibnu Taimiyyah?

Adakah Wan Ji tidak melihat apa yang DAP telah lakukan selama satu tahun mereka memegang jawatan-jawatan penting negara?

Cukuplah saya kepilkan tulisan Dr. Ahmad Sanusi di bawah ini yang menyenaraikan sebahagian kecil apa yang telah mereka lakukan kepada kita umat Islam dalam masa setahun ini:

https://www.facebook.com/630358917301238/posts/868775590126235/

Apapun, terima kasih & jutaan tahniah kepada Tuan Haji Aminuddin Yahaya kerana berjaya menyuarakan kerisauan dan keresahan umat Islam hari ini. Barakallah fikum.

Moga Islam di Malaysia terus dipertahan dan dimartabatkan demi memastikan kesan rahmahnya dapat dirasai oleh seluruh manusia tidak kira bangsa dan agama.

Ustaz Ahmad bin Khairuddin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts