Perang besar dalam bulan Ramadhan di Nusantara

13524553_10205138368137516_8238377934415977965_n

 

Di Nusantara ini, pernah berlaku sebuah peperangan besar di bulan Ramadhan. Perang yang dimaksudkan ini ialah perang antara Belanda vs Kesultanan Palembang pada bulan Jun tahun 1821.

Kesultanan Palembang di bawah kepimpinan Sultan Mahmud Badaruddin II sangat sukar ditewaskan penjajah. Sebelum tahun 1821, Palembang tidak pernah tewas dalam mana-mana peperangan sama ada dengan Inggeris atau Belanda.

Sultan Mahmud Badaruddin bukan sahaja seorang sultan, baginda juga merupakan seorang ulama dan imam besar Palembang Darussalam. Malah ada sumber sejarah yang mengatakan bahawa baginda merupakan seorang hafiz Al-Qur’an.

Di bawah kepimpinan baginda, Palembang pernah menewaskan Inggeris pada tahun 1812 sehingga menyebabkan Inggeris menyerah kalah. Malah Lord Meares yang memimpin perang ini terkorban ditembak dengan senjata tentera Palembang.

Seterusnya, pada bulan Jun tahun 1819, berlakunya perang dahsyat antara Belanda dan Palembang. Kali ini Belanda juga tewas dengan teruk. Ramai angkatan Belanda terkorban. Jeneral Mutinghe yang memimpin perang ini lari pulang ke Betawi dengan malu besar.

Belanda tidak pernah putus asa untuk menawan Palembang. Pada bulan Oktober tahun yang sama, Belanda sekali lagi menyerang Palembang. Kali ini angkatan tentera Belanda dipimpin oleh Jeneral Wolterbeek. Belanda sekali lagi tewas teruk. Meriam-meriam Palembang berjaya membunuh tentera-tentera Belanda hingga menyebabkan Jeneral Wolterbeek terpaksa berundur.

Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1821, Belanda mengambil keputusan untuk menyerang Palembang sekali lagi. Kali ini, tanggungjawab itu diletakkan di bahu Jeneral De Kock. De Kock mengambil keputusan untuk menyerang Sultan Mahmud Badaruddin pada 11 Jun 1821 bersamaan 10 Ramadhan 1236H.

Sultan Mahmud Badaruddin menyambut kedatangan De Kock dan angkatan tenteranya dengan bedilan-bedilan meriam. Perang berlaku sangat dahsyat. Masyarakat Palembang yang sedang melakukan ibadah puasa terganggu dengan serangan Belanda itu. Perang berlanjutan sehingga 20 Jun 1821 (19 Ramadhan 1236H). Belanda tewas sekali lagi kepada Palembang. Inilah kemenangan besar di bulan Ramadhan.

De Kock yang tewas tidak pulang ke Betawi sepertimana jeneral-jeneral sebelum ini. Beliau membuat perjanjian damai untuk meletakkan senjata (berhenti perang) dengan Sultan Mahmud Badaruddin. Atas dasar jiwa yang besar, Sultan menerima perjanjian itu. Namun empat hari setelah itu iaitu pada 24 Jun 1821, ketika masyarakat Palembang sedang bersahur, De Kock menyerang Palembang secara mengejut bertalu-talu.

Akibat pengkhianatan ke atas perjanjian itu, De Kock akhirnya berjaya menewaskan Palembang pada 1 Julai 1821. Sultan Mahmud dapat ditawan. Baginda berserta pengikutnya termasuk alim ulama dan panglima perang Palembang akhirnya di buang negeri ke Ternate sehingga akhir hayatnya selepas dipenjarakan di Betawi.

Hasanuddin Yusof

Sumber: https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10205138373857659

 

13438807_10205138371097590_8520334803384343314_n

13438908_10205138371057589_6951814799782452473_n

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts