home Semasa Perang Pedang al-Quds gagalkan rancangan jahat rejim penjajah: Hamas

Perang Pedang al-Quds gagalkan rancangan jahat rejim penjajah: Hamas

 

BAITULMAQDIS – Perang Pedang al-Quds yang dilancarkan baru-baru ini adalah tindak balas pencerobohan negara haram Israel ke atas Gaza.

Pemimpin kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh barkata, pihaknya melakukan sokongan ke atas rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis al-Quds dan di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata, perang itu menyasarkan serangan roket di seluruh wilayah yang diduduki Israel, namun rancangan itu tertangguh disebabkan gencatan senjata.

“Hamas menegaskan bahawa pihak yang melancarkan pencerobohan itu harus bertanggungjawab ke atas gencatan senjata,” katanya.

Beliau berkata, pertempuran itu juga menggagalkan tipu daya rejim penjajah Israel untuk melakukan operasi darat di utara dan timur Gaza.

Terdahulu, gencatan senjata antara Israel dan Palestin yang dikelola oleh Mesir mengakhiri peperangan selama 11 hari.

Ia sangat signifikan kepada penduduk Palestin kerana negara pengganas Israel telah mengaku kalah kepada Hamas.

Gencatan senjata tanpa syarat itu juga menamatkan peperangan yang disifatkan sebagai paling dahsyat pernah berlaku di Gaza sejak tahun 2014.

Bagaimanapun, kurang daripada tempoh 24 jam gencatan senjata itu berkuat kuasa, rejim pengganas Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.

Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berhampiran. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *