Perbahasan hukum dalam merujuk zodiak, horoskop dan sewaktu dengannya.

Timbul pula perbahasan di medsos mengenai hukum dalam merujuk zodiak, horoskop dan sewaktu dengannya.

Perbahasan ini perlu dijelaskan apakah yang dirujuk dan apa pula tujuannya.

Zodiak ini jika dirujuk untuk menerokai ciri-ciri manusia maka termasuk sebahagian daripada ilmu berasaskan pengalaman. Dalam erti kata lain, ia hanya sebahagian daripada ilmu personaliti dan seumpamanya. Ia berasaskan kajian tertentu yang memberi kesimpulan tertentu terhadap ciri-ciri dan sifat-sifat manusia yang lahir pada waktu-waktu tertentu.

Apa yang dibawa dalam penerokaan personaliti itu pula bukanlah suatu tilikan masa depan atau alam ghaib, kerana ia hanya cerapan kepada pengalaman sahaja, serta ia bukanlah sebagai kaedah penentu yang mesti tepat dan muktamad.

Tetapi jika ia dirujuk untuk mengetahui masa depan, meramal nasib, tuah dan sial secara harian dan seumpamanya, mempercayainya termasuk dalam bab merujuk tukang tilik dan mempercayainya yang merupakan suatu dosa yang besar. Mereka yang meramal itu adalah dajal-dajal yang menipu dan merosakkan akal umat ini.

Sesiapa yang terlibat wajib bertaubat dan membersihkan semula akal fikirannya selama 40 hari dengan solat, baharulah solatnya boleh dinilai semula untuk diterima di sisi Allah SWT.

Adapun untuk para ahli medsos yang suka menguls, telitilah dulu perbahasannya, sebelum menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts