Persidangan Gender dan Seksualiti tidak perlu diteruskan: JAKIM

 

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berpendirian tegas berhubung program gender dan seksualiti yang diadakan di Malaysia pada Oktober depan datang tidak perlu diteruskan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, justeru jabatan itu memohon pihak berkuasa yang berkaitan supaya mengambil tindakan bersesuaian.

“Bagi JAKIM, aktiviti ini jelas mempromosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia dan bertentangan dengan agama Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 September 2018, yang menegaskan Malaysia tidak menerima gaya hidup LGBT untuk diamalkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin berkata, persidangan berkenaan tidak mempunyai rakan kolaborasi dari negara ini dan tidak menampilkan sebarang pembentang dari Malaysia.

“Sebaliknya mereka menampilkan pembentang dalam kalangan aktivis transgender di peringkat antarabangsa iaitu daripada Sri Lanka dan Amerika Syarikat,” katanya.

Persidangan Antarabangsa Ke-2 Mengenai Jantina dan Seksualiti 2019 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Oktober depan di ibu negara.

Difahamkan, persidangan bertujuan menyediakan platform kepada penyelidik, ahli akademik di seluruh dunia bagi membincangkan hak sama rata dan langkah terbaik menangani hubungan jantina.

Semalam, Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) turut membantah sekeras-kerasnya persidangan itu dan mendesak kerajaan supaya bertindak tegas dan tidak membenarkan persidangan seumpama itu berlangsung di Malaysia.

Setakat ini persidangan yang dianjurkan bersama oleh beberapa universiti itu tidak menyatakan lokasi sebenar bakal diadakan di Kuala Lumpur. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts