Pertumbuhan ekonomi, prinsip etika bangunkan negara Islam

KUALA LUMPUR – Pasaran ekonomi Islam memainkan peranan penting dalam membangunkan negara-negara Islam.

Ahli Kewangan Islam Paris-Europlace, Dr Mohamed Nouri berkata, rangka kerja ekonomi itu bersesuaian dengan prinsip Islam dan boleh dimanfaatkan untuk merangsang pertumbuhan di samping berpegang teguh kepada piawaian etika serta moral.

“Pasaran ekonomi Islam bukan sekadar konsep tetapi sistem yang berdaya maju.

“Malah, ia boleh menjadi alat yang berkuasa untuk negara-negara yang ingin mengatasi cabaran pembangunan.

“Aktiviti ekonomi negara-negara Islam perlu sejajar dengan ajaran Islam untuk memupuk pertumbuhan yang mampan,” ujarnya ketika berucap di Persidangan Islam dan Kebebasan Antarabangsa (ILN) ke-10 di Hotel Concorde Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Mohamed menegaskan, beberapa bentuk pembaharuan atau reformasi diperlukan untuk mencapai potensi penuh pasaran ekonomi Islam.

Tambah beliau, perkara itu termasuk dasar menggalakkan amalan ekonomi beretika, memastikan harga adil dan peruntukan sumber yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Mohamed turut mengiktiraf peranan pelbagai sektor dalam mencapai perpaduan sosial dan ekonomi.

“Sektor bukan untung dan solidariti sosial diiktiraf atas potensi sumbangan mereka kepada kesejahteraan ekonomi negara-negara Islam apabila sejajar dengan prinsip Islam,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts