Peruntukan RM30,000 buat SIS yang difatwakan sesat?

 

1. Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh semalam dilaporkan mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk Sisters in Islam. Beliau hadir dalam Majlis Pelancaran Statistik dan Dapatan Telenisa 2018 di Kuala Lumpur anjuran Sisters in Islam. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/467180

2. Dalam usaha Jabatan Agama menangani kekeliruan fahaman liberal yang dibawa oleh kumpulan Sisters in Islam ini, terdapat juga pihak yang menyokong ke arah pengembangannya.

3. Untuk rekod, JAIS pada 2014 telah mengisytiharkan Sisters in Islam sebagai pertubuhan yang sesat. Kenyataan tersebut telah diwartakan dan menyebutkan:

“SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.”

4. Diharapkan agar usaha JAIS memperkasa ajaran Islam dengan mengenepikan fahaman-fahaman yang sesat dan menyeleweng ini mendapat sokongan dan perhatian kaum Muslimin semua.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Can Hannah yeoh be advised on the sensitivites & not make the same GRAVE mistake… so that the Govt act as a flock of birds & not stray away alone…. same message to the All Malaysians pls. KEEP UP THE “Good Works” .tq concerned islamic citizen Wan Azhar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts