PMYT: Jauhi ajaran meragukan – Jabatan Mufti Negeri Perak

Ipoh: Jabatan Mufti Negeri Perak menyeru seluruh umat Islam supaya menjauhi ajaran-ajaran meragukan dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu menegaskan wanita iaitu ketua ajaran kumpulan dikenali Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) sudah ditahan polis dan siasatan sedang dilakukan terhadapnya.

“Secara umumnya ajaran ini disebarkan melalui pelbagai medium di media sosial seperti Facebook, You Tube dan Telegram. Malah, ia berjaya menarik perhatian sebahagian masyarakat awam sehingga membuatkan mereka taksub dan percaya akan ajaran berkenaan.

“Antara fahaman yang disebar luas kepada pengikutnya adalah kononnya akan berlaku Perang Dunia Ke-3 yang akan bermula di Sabah. Pemimpin ajaran itu juga mendakwa bahawa dia sedang memimpin satu pasukan mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh,” katanya, hari ini.

Menurutnya, tidak ada keperluan dan kewajaran kepada umat Islam untuk mencari ajaran dan fahaman yang meragukan serta bertentangan dengan ‘warisan’ tersebut.

Katanya, umat Islam diseru mengambil pendekatan seperti merujuk kepada alim ulama yang dimaklumi mengenai kepakaran dan keabsahan mereka dalam bidang agama.

“Merujuk kepada institusi yang berautoriti seperti Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama Islam Daerah.

“Selain itu, menambah kefahaman terhadap ilmu agama supaya dapat memahami pelbagai disiplin ilmu agama dengan baik dan bertaubat bertaubat serta kembali menghayati ajaran Islam sebenar sekiranya pernah terbabit dalam ajaran yang jelas menyimpang daripada ajaran sebenar,” katanya.

Katanya lagi, bagi menjamin kemurnian akidah umat Islam masyarakat wajib peka dengan iklim persekitaran akidah semasa supaya tidak tergelincir dari landasan yang sebenar disamping memelihara legasi akidah yang disemai dengan subur sejak zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat dan salafuna soleh.

Harian Metro dalam laporan bersirinya bermula 29 Ogos lalu melaporkan, wanita menggunakan gelaran Sittah Annur menggunakan media sosial untuk menyebarkan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) melalui Facebook (FB) dan Youtube.

Untuk rekod, wanita berusia 39 tahun itu meramalkan berlakunya Perang Dunia Ketiga di Sabah sebelum memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi dan memerangi musuh. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts