home Semasa Polis pengganas Israel serang jemaah Palestin solat Subuh

Polis pengganas Israel serang jemaah Palestin solat Subuh

 

BAITULMAQDIS – Puluhan peneroka haram Yahudi – yang diapit pasukan khas bersenjata Israel – menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki.

Kejadian awal pagi tadi berlaku beberapa jam selepas jemaah Palestin dipukul dan diserang oleh polis Israel, kata pihak berkuasa Islam yang mengawasi lokasi tersebut.

Agensi berita Palestin WAFA yang memetik saksi sebagai berkata, polis Israel pada awalnya menyerang jemaah Palestin yang sedang menunaikan solat Subuh di masjid.

Bahkan mereka turut ‘memukul secara berlebihan’ bagi memberi jalan kepada peneroka Yahudi Israel menyerbu perkarangan itu – tempat ketiga paling suci umat Islam.

WAFA melaporkan, sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin ditahan, termasuk seorang pengawal di Masjid Al-Aqsa, Fadi Alyan yang cuba merakam kejadian itu.

Turut ditahan seorang pegawai Majlis Wakaf Islam – badan agama yang dilantik Jordan untuk mengawasi perkarangan Al-Aqsa.

Selain itu, polis Israel juga mengetatkan sekatan di pintu masuk ke Al-Aqsa, melarang jemaah di bawah usia 45 tahun memasuki masjid.

Perkarangan Haram al-Sharif menempatkan Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *