Produk gegelung sotong ada sijil halal sah – Jakim

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk gegelang sotong sejuk beku yang sebelum ini tular mempunyai persijilan halal yang sah.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pengesahan tersebut selepas pihaknya membuat semakan dengan badan halal China (Shandong Halal Certification Services).

“Memang ada sijil halal. Sebelum ini, kita dapat maklumat itu, cuma apabila kita buat siasatan tidak boleh bergantung apa sahaja disebabkan ada tindakan pengujian.

“Sekarang keputusan pun sudah keluar (tiada asid deoksiribonukleik (DNA) babi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan kenyataan, jadi tiada isu lagi dan selesai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Tahfiz- Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan pihaknya kini menunggu maklum balas mengenai kesahihan produk gelang sotong dari agensi persijilan halal di China sebelum tindakan susulan isu berkenaan dilakukan

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel sotong ring sejuk beku yang tular baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts