Qatar dihukum hanya kerana menjaga kepentingan umat Islam: Kesatuan Ulama

 

DOHA – Apa yang sedang dihadapi oleh negara Qatar hari ini hanyalah berpunca kerana negara tersebut berusaha memelihara kepentingan dunia Islam keseluruhannya.

“Qatar telah meletakkan pendirian yang mulia samada dalam isu Palestin, penyatuan Sudan, Yaman dan isu dunia Islam lainnya lalu kerana inilah mereka dihukum”

Syeikh Ali Qarahdaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam satu seminar di Doha baru-baru ini.

Tambah beliau lagi serangan yang sedang dihadapi oleh Qatar pada hari ini hakikatnya adalah serangan terhadap dunia Islam keseluruhannya kerana inilah yang musuh mahukan iaitu fitnah dan perpecahan sesama umat Islam.

“Kerana Qatar adalah salah satu negara teluk juga negara Islam maka perkara ini sebenarnya adalah ancaman kepada dunia Islam kesemuanya”

Tegas beliau lagi mereka yang menjadi punca kepada fitnah ini iaitu penggodam tersebut hendaklah dihukum dengan tegas dimana ada sebahagian ulama salaf membenarkan orang sebegini dihukum bunuh kerana besarnya kesan daripada fitnah yang mereka lakukan.

Ketegangan antara Qatar dan negara-negara semenanjung Arab dikatakan bermula selepas kejadian agensi berita kerajaan Qatar digodam.

Satu kenyataan pemimpin Qatar yang menyatakan sokongan kepada Iran, Hamas, Hezbollah dan Israel, dan menyatakan pemerintahan Presiden AS Donald Trump akan berakhir tidak lama lagi telah disiarkan oleh penggodam.

Semalam, Arab Saudi, Emiriah Arab Beratu (UAE), Yaman, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dengan menuduh Doha terbabit melindungi pengganas, campur tangan dalam hal ehwal negara mereka dan menjejaskan keselamatan rantau Teluk.

Sumber: http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/lkrh-dghy-ktr-taakb-aal-mokfh-lshryf/
Terjemahan: http://muis.org.my/2017/06/qatar-dihukum-hanya-kerana-menjaga-kepentingan-umat-islam/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
8 comments
  1. petikan dari GulfNews :

    The UAE is taking these decisive measures as a result of the Qatari authorities’ failure to abide by the Riyadh Agreement on returning GCC diplomats to Doha and its Complementary Arrangement in 2014, and Qatar’s continued support, funding and hosting of terror groups, primarily Islamic Brotherhood, and its sustained endeavours to promote the ideologies of Daesh and Al Qaeda across its direct and indirect media in addition to Qatar’s violation of the statement issued at the US-Islamic Summit in Riyadh on May 21st, 2017 on countering terrorism in the region and considering Iran a state sponsor of terrorism. The UAE measures are taken as well based on Qatari authorities’ hosting of terrorist elements and meddling in the affairs of other countries as well as their support of terror groups policies which are likely to push the region into a stage of unpredictable consequences.

  2. Agenda America Dan Yahudi pecah belahkan negara Islam disambut oleh negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar. OIC, juga Arab ada tapi tak digunakan untuk mencari penyelesaian damai

  3. How stupid the so-called Islamic countries led by Saudi to protect American and Israel by declaring Qatar as enemy. May Allah the Almighty punish those involved as what happened to Pharaoh/Firaun before.

  4. Yahudi dan amerika memg saja cari sbb nk hancur kn negara2 islam.. satu per satu negara islam musnah tu pun masih tidak sedar2 lg.. nabi saw pun da ber sabda jgn terus percaya dari berita yg di dengar apatah lg dari org2 fasik.. amerika ni memg geng dajal.. lpas ni bole la amerika jual senjata kat pak arab plak..

  5. What a pity the Saudis break relation with Arab brother during the Holy month of Ramadan. The action affects other Muslim countries as well. Rather sad that the King do not really understand fellow Muslims worldwide..please dont be the henchman of the Americans and Isreali

  6. Dunia Islam wajib bersatu. “Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah” -maksud al Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts