Rabitah Ulama Palestin: Al-Qaradawi adalah ulama besar ummah

 

GAZA – Ulama Islam di Palestin bahagian Gaza menyatakan bantahan terhadap tindakan Arab Saudi dan beberapa negara arab lain yang menyenaraikan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai salah seorang pengganas serta membawa idea Islam ekstrimis.

“Al-Qaradawi adalah salah seorang ulama besar ummah pada hari ini, sesiapa membaca kesemua pandangan dan karyanya pasti akan melihat bahawa pendirian beliau adalah bersifat wasatiyyah dan beliau konsisten menolak pemahaman Islam berbentuk kekerasan, takfir dan ekstrimis”

Syeikh Dr Marwan Abu Ras, Pengerusi Rabitah Ulama Palestin berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dihadiri puluhan ulama Palestin yang lain.

Tambah beliau apa yang sepatutnya umat Islam lakukan pada saat ini ialah menyatukan saf umat dan menolak sebarang bentuk perpecahan serta bersepakat dalam menghadapi ancaman daripada musuh yang tidak pernah berhenti.

“Kami juga memuji pendirian yang ditunjukkan oleh Qatar selama ini iaitu membantu rakyat Palestin yang dizalimi serta menyumbang kearah pembangunan semula bumi Gaza”

Dr Qaradawi merupakan ulama kelahiran Mesir yang menjadikan Doha pengkalannya selepas hidup dalam buangan untuk beberapa dekad.

Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.

Beliau menerima pengiktirafan kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia, yang menganugerahkan kepadanya Tokoh Maal Hijrah pada 2009.

Selain Dr Qaradawi, 58 individu dan 12 pertubuhan lain rurut dituduh terlibat mendokong keganasan dalam senarai yang dikeluarkan Arab Saudi dan beberapa kuncu Amerika Syarikat seperti Bahrain, Mesir dan UAE, dalam usaha meningkatkan serangan diplomatik ke atas Qatar.

Sumber: http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/okf-tdmn-bghz-maa-lshykh-lkrdoy/
Terjemahan: http://muis.org.my/2017/06/ulama-palestin-al-qaradawi-adalah-ulama-besar-ummah/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
  1. Strategi musuh untuk menghancurkan Islam adalah menghancurkan-fitnah- para ulama yang boleh menghidupkan semula roh Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts