Ramadan: Pupuk perpaduan kaum dengan kongsi bubur

ALOR SETAR – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Berjaya mengambil inisiatif memanfaatkan Ramadan untuk mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum melalui agihan bubur kanji kepada komuniti setempat.

Pengerusi KRT Kampung Berjaya, Datuk Abdul Kadir Mohamad berkata, agihan bubur kanji memberi ruang kepada masyarakat untuk bertemu dan beramah mesra.

“Program ini merupakan amalan tahunan tradisi KRT Kampung Berjaya pada setiap tahun sejak 10 tahun lalu.

“Bubur kanji merupakan juadah ditunggu-tunggu dan sinonim dengan umat Islam terutama ketika bulan Ramadan. Jadi kami ingin berkongsi rezeki kepada masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menikmatinya.

“Alhamdulillah, kami dapat mengagihkan 300 pek bubur kanji kepada komuniti setempat berbilang kaum dan agama,” katanya selepas program agihan bubur kanji, pada Isnin.

Hadir sama, Pegawai Perpaduan Kota Setar/ Padang Terap/ Pokok Sena, Mohamed Zaizulman Zainal Abidin.

Abdul Kadir berkata, program itu bermula seawal jam 10 pagi dengan aktiviti memotong bahan masakan, memasak dan membungkus bubur kanji oleh jawatankuasa KRT berkenaan.

Tambah beliau, KRT Kampung Berjaya kemudian mengedarkan bubur kanji sambil menyantuni masyarakat berbilang kaum di kawasan itu. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts