KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H pada Sabtu, 7 Jun 2025.
📺 Pengumuman rasmi dibuat malam semalam oleh Datuk Mohd Aseral Jusman, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, secara langsung di RTM.
🌙 Sebelum itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah melakukan cerapan anak bulan (hilal) Zulhijjah petang tadi di tiga lokasi utama:
- Menara Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
- Universiti Malaysia Sabah, Kampus Labuan (UMSKL)
📆 Hasil cerapan menetapkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H jatuh pada 29 Mei 2025 (Khamis).
💡 Nota: Bila 1 Zulhijjah dah ditetapkan, Hari Raya Aidiladha secara automatik jatuh pada hari ke-10 Zulhijjah, iaitu 7 Jun.