Rejim Assad tawan bandar terbesar di Ghouta Timur

 

GHOUTA – Tentera rejim Bashar Al-Assad menawan bandar terbesar di Ghouta Timur dan membahagikan wilayah itu kepada tiga bahagian.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, rejim itu menawan jalan raya yang menghubungkan Douma dengan Harasta di barat, dan juga menguasai bandar Misraba.

“Tentera rejim membahagikan Ghouta Timur kepada tiga bahagian, Douma dan kawasan sekitarnya, Harasta di barat dan bandar lain di selatan,” kata agensi itu.

Badan pemerhati itu berkata, serangan rejim Syria dan Russia di Ghouta sejak 18 Februari lalu telah menyebabkan 1,002 orang terbunuh, termasuk 215 kanak-kanak dan 145 wanita.

Dalam masa sama, Persatuan Perubatan Amerika (SAMS) memaklumkan, sekurang-kurangnya 49 orang, termasuk 14 wanita dan 10 kanak-kanak dibunuh pada hari Jumaat, dan 200 lagi dilaporkan cedera.

Ghouta Timur dihuni kira-kira 400,000 penduduk diletakkan dalam kepungan kerajaan rejim Syria sejak kumpulan penentang mengambil alih kawasan itu pada pertengahan 2013 lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts