Rejim Israel tembak mati wanita Palestin

 

TEBING BARAT – Seorang wanita Palestin ditembak mati oleh rejim pengganas di bandar Jenin hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Wanita dikenali sebagai Dalia Samudi, 23, ditembak ketika cuba menutup tingkap bagi mengelak gas pemedih mata masuk ke rumahnya.

Kementerian Kesihatan berkata, Samudi dikejarkan ke hospital selepas peluru menembusi dadanya, bagaimanapun beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan media Palestin, Samudi ditembak apabila tentera Israel menyerbu kawasan kejiranan Al-Jabariyat di bandar Jenin, di mana mereka menyoal siasat dan mengancam akan menangkap semula bekas tahanan setelah memecah masuk rumahnya.

Serangan itu mencetuskan konfrontasi dari penduduk Palestin dengan askar penjajah Israel yang melepaskan peluru hidup dan peluru getah terhadap pemuda tempatan yang berusaha menghalang jalan mereka.

Pengarah Bulan Sabit Merah tempatan, Mahmoud Al-Sa’adi memberitahu agensi berita Palestin Wafa bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke ambulans yang tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan Samudi.

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan menggunakan peluru hidup dan mendakwa wanita berkenaan mungkin terkena peluru yang dilancarkan oleh rakyat Palestin.

Tentera Israel kerap menceroboh bandar dan kampung Palestin di Tebing Barat yang diduduki untuk menangkap rakyat Palestin. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts