Rejim pengganas Israel rahsiakan peta asal Garis Hijau

 

BAITULMAQDIS – Rejim pengganas Israel menolak permohonan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan maklumat lengkap lokasi tepat Garis Hijau yang ditetapkan pada 1949.

Rejim pengganas Zionis menganggap maklumat itu terlalu sulit yang boleh meletakkan hubungan luar Israel dalam bahaya, lapor portal Arab48.

Pergerakan Kebebasan Maklumat menghantar surat kepada pihak berkuasa geologi rejim Zionis pada September tahun lalu, bagi mendapatkan maklumat mengenai Garis Hijau, tetapi diberitahu bahawa maklumat berkaitannya adalah terlalu sulit.

Arab48 melaporkan, surat berkenaan memohon maklumat lengkap mengenai sejarah Garis Hijau iaitu garis batasan yang dipersetujui dalam Perjanjian Armistice pada 1949 antara pengganas Israel dan tentera Arab selepas Peristiwa Nakba 1948.

Permohonan itu dibuat bagi pihak warganegara yang mahu mengetahui sama ada wujud komuniti tertentu di keseluruhan atau di bahagian luar Garis Hijau.

Mereka mahu melihat peta asal, termasuk lokasi Beit Sira, Lod, Kfar Saba-Qalqilyah dan kawasan berdekatan Tul Karm di daerah Taibeh.

Bagaimanapun, dalam jawapannya, pihak berkuasa rejim Zionis berkata, maklumat itu tidak boleh diberikan kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan luarnya.

Garis Hijau atau sempadan 1967 adalah garis batasan yang ditetapkan dalam Perjanjian Gencatan Senjata 1949 antara pengganas Israel dengan jirannya Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria selepas Perang Arab-Israel 1948.

Ia menjadi sempadan de facto bagi negara Israel sejak 1949 hingga Perang Enam Hari pada 1967. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts