Remaja perempuan ini berjalan kaki ke kampung sebelah untuk mendapatkan agihan korban

Pengorbanan seorang remaja perempuan kecil bernama Herlyn, 11 tahun yang berjalan kaki ke kampung sebelah untuk mendapatkan agihan daging korban amat menyentuh perasaan rombongan Program Korban Perdana Surau Al-Amin dan Yayasan Ikhlas di Kg. Masolog, Kota Marudu.

 

14292473_500783166798054_828029052358675259_n

 

Usai majlis penyerahan daging korban bagi penduduk mualaf Kg. Gana di surau berkenaan, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin, salah seorang Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas menceritakan bahawa sedari awal tiba ke surau berkenaan, dia telah melihat seorang remaja perempuan yang berwajah sugul dan tunduk seperti memendam sesuatu.

Bukan sahaja dia tidak menerima sumbangan daging tersebut bahkan tidak dikenali oleh penduduk Kg. Gana kerana nama keluarganya tidak tersenarai dalam kalangan penduduk Kg. Gana.

Kami lantas memberikan sebungkus pemberian daging yang berbaki.

“Walaubagaimanapun Herlyn tidak pernah kelihatan tersenyum meskipun sudah diberikan daging korban dan sedikit sumbangan kewangan” ujarnya lagi.

Setelah dikenalpasti, remaja perempuan kecil ini rupanya tinggal sangat jauh di pinggir hutan yang bergunung dan berjalan kaki sejauh hampir 6 kilometer di awal pagi semata-mata untuk mendapatkan daging korban tersebut.

Tambahan beliau, “Seusai menguruskan pengagihan kesemua daging korban dan sumbangan kemanusiaan, kami membuat keputusan untuk menghantarnya pulang”.

“Ya, rumahnya sangat jauh sekali daripada yang lainnya. Bahkan mereka sekeluarga adalah satu-satunya keluarga Muslim yang tinggal di situ” keluhnya lagi.

 

14370008_500807683462269_1469829840144108308_n

 

Ibunya tinggal di rumah untuk menjaga 5 orang adik – adiknya yang masih kecil. Manakala bapanya tiada di rumah kerana ke hutan untuk mencari rotan untuk dijual.

Pendapatan yang diperolehi ayahnya sekitar RM 300 sahaja setiap bulan bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Pada saat itu kelihatan para sukarelawan Yayasan Ikhlas turut sebak dan menitiskan air mata menyaksikan keperitan hidup keluarga Herlyn.

Lantas, mereka mengeluarkan apa yang ada di dalam poket masing-masing bagi meringankan bebanan hidup Herlyn sekeluarga.

“Semoga Herlyn sekeluarga terus tabah mengharungi keperitan hidup dan istiqamah bersama petunjuk Ilahi” ujarnya lagi sebelum mengakhiri penceritaannya.

 

14370055_500794670130237_5659117076434748069_n

 

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Surau Al-Amin Dataran Maybank telah mengadakan Program Korban Perdana Surau Al-Amin dan Yayasan Ikhlas yang melibatkan hampir 800 orang mualaf diadakan di Kg. Masolog, Kota Marudu dan Kg. Mulung Kulung, Pitas pada 13 dan 14 September baru – baru ini.

Program ini merupakan julung kali diadakan yang melibatkan kerjasama antara Yayasan Ikhlas dan Surau Al-Amin Dataran Maybank yang telah membuat korban lembu sebanyak 12 ekor khusus untuk golongan mualaf di Sabah.

Sumber: http://www.yayasanikhlas.org.my/kauanaksiapa/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
4 comments
  1. Assalamualaikum…

    Sebenarnya masih banyak lagi pengganut islam diSabah n Sarawak terutama dikawasan-kawasan pendalaman yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan atau badan2 swasta dalam sumbangan bukan sekadar material sahaja tetapi ilmu dalam mendidik generasi kini mentauhidkan Allah.Terutama kepada golongan2 tabligh atau pun golongan2 usrah nie datang kesini untuk memberi ilmu kepada yang dahagakan ilmu Allah.Bukanlah melemahkan golongan sufi ini tetapi kalau setakat tabligh @ usrah dikampung mahupun di Masjid2 melayu yang dah sememangnya mengimarahkan masjid apalah gunanya kita bertabligh atau berUsrah???cuba datang dikampung2 pendalam sabah n sarawak…barulah terbaik anda bagi saya”Maafkan saya jika kata-kata saya membuatkan ramai pihak terguris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts