‘Roadshow’ seluruh negara demi pertahan kedaulatan Islam

 

BANGI – Gelombang kebangkitan rakyat yang dicetuskan dalam Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (Himpunan 405) di ibu negara baru-baru ini, akan diteruskan lagi dengan program ‘roadshow’ di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan, Pengarah Himpunan 405, Kamaruzaman Mohamad berkata, program ‘roadshow’ akan diadakan sehingga umat Islam faham, bersatu dan bersedia untuk bangkit membela kedaulatan Islam dalam negara ini.

“Isu konspirasi dalam kes siasatan Adib; Statut Rom yang membelakangkan Majlis Raja-Raja, UEC dan PPSMI; penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ; dan status Islam dalam kad pengenalan akan menjadi salah satu daripada kempen penerangan Kongres Rakyat bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sepanjang ‘roadshow’ dijalankan.

“Kami mengalu-alukan sebarang penyertaan rakyat, sama ada NGO, tokoh masyarakat, dan mana-mana ahli politik yang prihatin dengan isu ini untuk bersama dengan kami dalam kempen nasional ini.

“Kempen nasional dalam masa terdekat ini akan menatijahkan satu ‘Himpunan Gergasi Rakyat’ yang akan memberikan pengajaran secukupnya kepada pihak-pihak yang bersekongkol dalam agenda menghapuskan kedaulatan Islam,” katanya.

 

 

Mengimbau mengenai Himpunan 405 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, Kamaruzaman berkata, himpunan aman itu adalah permulaan kepada kesedaran dan keprihatinan rakyat terhadap ancaman kedaulatan Islam yang sedang berlaku dalam negara.

Katanya, himpunan itu adalah petanda awal kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka untuk membela kedaulatan agama Islam.

“Setelah satu tahun kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, Kongres Rakyat serta UMMAH bersama 300 NGO Islam-Melayu berpendirian bahawa kedaulatan agama Islam kini berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan.

“Sekiranya perkara ini dibiarkan, maka keadaan akan menjadi lebih teruk daripada hari ini,” katanya.

Pada 4 Mei lalu, hampir 3,500 individu daripada pelbagai lapisan berhimpun secara aman bagi menzahirkan perasaan tidak selesa terhadap isu-isu yang dilihat mengancam kedaulatan Islam dan Perlembagaan.

Mengenakan pakaian berwarna putih, Himpunan 405 di hadapan pusat beli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara itu turut dihadiri pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Ayuh ayuh umat islam bangkit mempertahankan kedaulatan islam dibumi malaysia tercinta ini. Nyahkan pengkhianat bangsa ugama dan negara. Kelicikan dan perancangan jahat mereka kita musnahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts