Saifuddin tak ambil pengajaran, lantik individu anti-Islam

BANGI – Datuk Saifuddin Abdullah hanya menjatuhkan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila memilih dan melantik individu yang pernah menghina institusi Islam atas nama hak asasi manusia, Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Ketua Media MUAFAKAT, Haji Rashidi Haris berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu seolah-olah tidak mengambil pengajaran dahulu apabila dikecam dan dikritik hebat susulan melantik Eric menjadi wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021.

“Eric Paulsen dalam sejarah penampilannya sangat terkenal dengan imejnya membenci segalanya yang terkait dengan Islam, malah beberapa kali pernah mengeluarkan kenyataan bersifat rasis dan ekstremis.

“Jelas selama ini beliau tidak peduli sensitiviti umat Islam dengan begitu banyak membuat kenyataan celupar yang kebanyakkannya di Twitter peribadinya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelantikan baharu Eric di bawah kementerian komunikasi mendapat bantahan dan tentangan banyak pihak ekoran kelantangan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Islam dan institusi Islam.

Antara ‘rekod hitam’ Eric sebelum ini ialah mengkritik pelaksanaan undang-undang hudud sebagai tidak berpelembagaan, zalim dan tidak sesuai pada zaman moden.

Beliau juga mendakwa PAS taksub dengan seks apabila menjelaskan pindaan dalam hudud mengenai larangan seks luar tabie serta mendakwa JAKIM mempromosi ekstremisme dalam khutbah Jumaat.

Haji Rashidi menyifatkan, isu-isu berkenaan cukup jelas bahawa Eric bukanlah individu yang sesuai diberikan ruang dalam kerajaan.

“Justeru, MUAFAKAT menggesa pihak kerajaan agar dapat meneliti semula perlantikan ini dan meletakkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada lantikan-lantikan yang akan datang terutama yang diletakkan dalam barisan kepimpinan kerajaan.

“Pilih dan lantik siapapun tetapi hendaklah mereka yang memahami prinsip Rukun Negara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts