“Semoga kesolehan dia, bantu keputusan peperiksaan”

 

BANGI – Setiap ibu pastinya mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup, tidak terkecuali buat Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ustazah Zakiah Ab Rahman yang harini turut menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui anaknya Hanan Mohamad, dari SMK Jalan 3 Bangi.

Ujarnya, pada permulaan, anaknya tidak begitu cemerlang dalam pelajaran apabila hanya mendapat 2 A ketika percubaan SPM.

Tetapi dek kerana kesolehan akhlak anak ke enam daripada tujuh beradik ini, beliau nekad doakan agar anaknya peroleh keputusan cemerlang.

 

 

“Hannan ni seorang anak yang paling banyak bantu saya, rajin, ambil berat pasal saya sampaikan, setiap malam dia yang akan siapkan air ditepi sebelum saya tidur sebab uminya selalu batuk-batuk.

“Akhlak baik dia sebagai seorang anak itu, sampaikn ustazah doa, mudahan kesolehan dia itu bantu untuk keputusan peperiksaan dia,” ujar Usatazah Zakiah yang juga guru di SMK Ab Jalil Hulu Langat. – Isma.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts