Sempurnakan baki suci antara haid

SOALAN

Assalammualaikum, saya keliru masalah tentang haid saya  iaiu tempoh suci daripada haid setiap bulan adalah antara 11 hari ke 13 hari sahaja.  Bukankah sepatutmya minimum tempoh bersuci adalah 15 hari. Benarkah begitu? Bagaimana pula nak menentukan darah yang keluar pada tempoh suci antara haid yang kurang daripada 15 hari?  Mohon pencerahan S.S Mufti

Ringkasan Jawapan

Tempoh minimum suci antara dua haid ialah 15 hari, maka darah yang keluar semula selepas 13 hari suci adalah darah fasad (rosak) pada 2 hari pertama darah yang keluar semula untuk menyempurnakan baki minimum suci antara haid iaitu 15 hari :(13 suci + 2 hari darah fasad =15 minimum suci antara haid). Kemudian darah yang selebihnya pada hari seterusya ialah darah haid yang baru. Darah fasad tidak terhalang daripada wanita melakukan ibadah. Oleh itu, wanita yang menyempurnakan baki suci mestilah mengikut tatacara wanita istihadah (mustahadah) bersuci sebelum mendirikan solat.

Huraian Jawapan :

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat

Tempoh Haid Dan Tempoh Suci

Tempoh haid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu minimum, maksimum dan kebiasaan. Tempoh minimum haid sehari semalam iaitu 24 jam, tempoh maksimum haid ialah 15 hari 15 malam dan kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari. Tempoh minimum suci antara dua haid ialah 15 hari,  maksimum suci antara dua haid ialah tiada had dan  tempoh suci kebiasaan haid ialah menyempurnakan baki sebulan selepas haid  iaitu 23 atau 24hari) ( Rujuk Raudah al-Talibin wa Umdatun Muftin, 1/134).

Jadual Tempoh Haid dan Tempoh Suci

TEMPOH   HAIDTEMPOH SUCI ANTARA 2 HAID
Maksimum haid =15 hari 15 malamMinimum suci haid =15 hari
Kebiasaaan Hari= 6/ 7 hariKebiasaan suci = 23 /24 hari (menyempurnakan baki sebulan)
Minimum Haid = 24 jam (sehari semalam)Maksimum Suci = Tiada Had

Perbezaan wanita Istihadah dan wanita yang menyempurnakan baki suci

  • Wanita istihadah ialah apabila darah keluar melepasi tempoh sebanyak-banyak haid (15 hari 15malam) kemudian bersambung sehingga hari ke-16 atau dikenali wanita mustahadah yang darah haid bercampur istihadah. Apabila situasi ini berlaku, istihadah dapat ditentukan berdasarkan 7 kategori istihadah iaitu mubtadaah ghairu mumaiyizah, mubtadaah mumaiyizah, mu’taadah ghairu mumaiyizah mu’taadah mumaiyizah, mutahayyirah al-mutlaqah,  mutahayyirah al-dzakirah li-waqt al-nasiah li ‘adad  dan mutahayyirah al-dzakirah li ‘adad    al-nasiah  li-waqt. 
  • Wanita yang menyempurnakan baki suci apabila darah keluar semula selepas melepasi tempoh maksimum 15 hari  haid dan tidak bersambung dengan darah sebelumnya iaitu  hari ke 15 dan hari ke 16.  Setelah sempurna baki suci (minimum 15 hari) selebihnya adalah darah haid yang baru (Rujuk Ibanah wa Ifadah, 25 )

Istihadah dan wanita yang menyempurnakan baki suci penting untuk diperhalusi perbezaannya. Wanita yang menyempurnakan baki suci setelah   melalui tempoh haid yang minimum dan selepas tempoh maksimum haid kemudian darah berhenti keluar dan darah  keluar semula selepas melepasi tempoh 15 hari, maka wanita ini bukan beristihadah bahkan wanita ini hanyalah berbaki waktu masih dan hukumnya perlu disempurnakan sekurang-kurang suci di antara dua haid (15 hari suci). Hal ini kerana dia telah melalui tempoh suci yang minimum, kemudian darah yang berikutnya ialah haid yang baru (Rujuk Ibanah wa Ifadah, 58)

Contoh Situasi Wanita (A) Wanita Mengalami Haid Bercampur Istihadah

Haid pertamaKeluar darah semula
1-8 ogos13-20 ogos
Haid selama 8 hariDarah keluar pada 13 -20 ogosadalah istihadah(antara haid dan istihadah bercampur kerana bersambung  antara hari ke 15 dan 16)

Contoh Situasi (B) Wanita  Menyempurnakan Baki Suci

5 Hari keluar darah  1-5 feb    Suci 10 Hari(6 feb -15 feb) 7 hari darah  keluar semula (18 feb -25 feb)
Status darah 5 hari awalStatus darah 2 hari berikutnya
Haid Tidak keluar darah selama 10 hari dalam tempoh suci tapi perlu sempurnakan baki minimum suci 15 hari(10+ 5)Darah fasad (rosak) tidak dianggap haid kerana perlu menyempurnakan baki suci  lagi 5 hari (sebab minimum suci antara haid 15 hari) Selebihnya darah haid yang baru kerana telah menyempurnakan tempoh suci minimum 15 hari

Contoh lain, wanita (C) melihat darah keluar selama 10 hari, kemudian berhenti dan darah datang semula selepas 8 hari. Darah yang datang semula keluar selama 12 hari. Maka sepuluh hari awal   adalah haid dan 12 hari darah yang keluar tidak boleh dianggap haid kerana wanita tersebut perlu menyempurnakan baki minimum suci (15 hari) dan selepas itu baru darah yang keluar pada hari seterusnya dianggap haid baru. Pada masalah ini  darah  baru yang keluar semula pada 7 hari   yang awal  dianggap darah fasad untuk menyempurnakan baki suci antara haid (15 hari) baki darah seterusnya 5 hari ialah darah darah haid baru ( Rujuk Ibanah wa Ifadah, 26)

Berikut jadual kiraan bagi situasi wanita (C) tersebut

10 Hari darah  merah Suci 8 Hari12 hari darah  merah
Status darah 7 hari awalStatus darah 5 hari beriktunya
HaidTidak keluar darah selama 8 hari dan dalam tempoh suci tapi perlu sempurnakan baki minimum suci  15 hari8+7Darah fasad (rosak ) tidak dianggap haid kerana perlu menyempurnakan baki lagi 7 hari suci (sebab minimum suci antara haid 15 hari)(Darah haid yang baru)kerana telah menyempurnakan tempoh suci minimum 15 hari

Contoh lain wanita (D), Apabila melihat darah keluar  selama 3 hari,  kemudian setelah 12 hari darah  berhenti dan keluar semula selama 3 hari. Maka darah 3 hari berikut ialah darah fasad.  

Berikut jadual kiraan bagi situasi wanita (B) tersebut

3 Hari keluar darahSuci 12 Hari3 hari darah
Status darah 3 hari darah akhir
HaidTidak keluar darah selama 12 hari dan dalam tempoh suci tapi perlu sempurnakan baki minimum 15 hari suci  (12+3)Darah rosak dan tidak dianggap haid kerana perlu menyempurnakan baki suci (sebab minimum suci antara haid 15 hari)

Berbalik kepada soalan yang diajukan, situasi penyoal hanya mengalami suci antara haid setiap bulan adalah antara 11 hari ke 13 hari sahaja. Oleh yang demikian, wanita tersebut perlu menyempurnakan baki minimum suci antara haid iaitu 15 hari, maka darah yang keluar selepas 11 hari atau 12 hari suci ialah darah fasad sehingga  hari suci ke 15. Kemudian darah seterusya ialah darah haid yang baru dengan memenuhi syarat- syarat haid.

Berikut jadual kiraan bagi  contoh situasi  wanita  yang bertanya :

  • Darah datang semula setelah suci 13 hari
7 Hari darah  keluarSuci  13 HariDarah keluar semula
Status darah 2 hari awalDarah selebihnya
Haid Tidak keluar darah selama 13 hari  dan dalam tempoh suci tapi perlu sempurnakan baki minimum suci 13+2Darah fasad (rosak) dan tidak dianggap haid kerana perlu menyempurnakan baki 2  hari lagi suci (sebab minimum suci antara haid 15 hari) Darah yang seterusnya adalah darah haid  baru kerana telah menyempurnakan tempoh suci minimum 15 hari
  • Darah datang semula setelah suci 11 hari
9 Hari darah  keluarSuci 11 HariDarah keluar semula
Status darah 4 hari awal  Darah  Selebihnya
HaidTidak keluar darah selama 11hari dan dalam tempoh suci tapi perlu  sempurnakan baki minimum suci 11+ 4Darah fasad (rosak) dan tidak dianggap haid kerana perlu menyempurnakan baki lagi 4hari suci (sebab minimum suci antara haid 15 hari) Darah haid baru kerana telah menyempurnakan tempoh suci minimum 15 hari

PENUTUP

Tempoh minimum suci  antara dua haid ialah 15 hari,  maka darah yang keluar semula selepas 13 hari  suci adalah darah fasad (rosak)  pada 2 hari darah  pertama yang keluar semula untuk menyempurnakan baki minimum suci antara haid iaitu  15 hari. Kemudian darah selebihnya ialah darah haid yang baru. Darah fasad seperti hukum darah istihadah yang tidak terhalang daripada melaksanakan ibadah solat.  Maka, wanita yang menyempurnakan baki suci mestilah mengikut tatacara wanita istihadah bersuci sebelum mendirikan solat. – Muftiwp

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts