Serangan bom tidak halang penyatuan Hamas-Fatah

 

SEMENANJUNG GAZA – Ke­tua Keselamatan pergerakan Hamas, Tawfiq Abu Naim yang cedera dalam kejadian letupan sebuah kereta berikrar perjanjian yang bertujuan untuk menamatkan pertikaian selama 10 tahun dengan Fatah akan tetap dilaksanakan.

Beliau yang dibenarkan keluar dari hospital hari ini turut mene­gaskan, ‘matlamat mereka yang melakukan jenayah itu (untuk menghalang penyatuan Hamas-Fatah) tidak akan berjaya’.

“Kami bertekad untuk melupakan persengketaan antara Hamas dan Fatah dan menyedari pentingnya perpaduan negara,” katanya.

Letupan yang berlaku pada Jumaat lalu menyebabkan Tawfiq cedera dan disifatkan Kementerian Dalam Negeri Hamas sebagai ‘cubaan membunuh yang gagal’.

Ketua pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh menyalahkan Israel namun sehingga kini tiada pihak tampil bertanggungjawab.

Tawfiq berkata, 1 November ini merupakan tarikh akhir untuk Hamas menyerahkan hak laluan sempadan kepada pihak berkuasa Palestin yang akan dipatuhi.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakan Fatah menandatangani perjanjian damai dengan Hamas pada 12 Oktober lalu.

Di bawah perjanjian itu, pada 1 Disember ini pihak berkuasa Palestin pimpinan Fatah akan kembali mentadbir Semenanjung Gaza yang telah dirampas oleh Hamas pada 2007.

Mahmoud mahu penyerahan secara komprehensif dengan me­rangkumi semua institusi ke­selamatan namun pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza, Yahya Sinwar menegaskan tiada siapa boleh memaksa kumpulannya melucutkan senjata.

Israel dan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mendesak Hamas melucutkan senjata dan mengiktiraf kerajaan Israel.

Pertubuhan Pembebasan Pa­lestin (PLO) yang dipimpin oleh Mahmoud mengiktiraf kerajaan itu namun Hamas enggan berbuat demikian. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts