Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan

 

BELGRADE – Umat Islam di Serbia melahirkan rasa kecewa apabila pihak berkuasa negara itu meroboh sebuah masjid yang didakwa dibina secara tidak sah di pinggir ibu kota.

Masjid dua tingkat tanpa menara itu dibina di kawasan kejiranan Zemun pada 2014, bagaimanapun sehingga sekarang pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit binaan.

Awal hari ini, pihak berkuasa dilaporkan berjaya merobohkan masjid itu, apabila kerja perobohan tergendala semalam berikutn mendapat bantahan masyarakat Islam.

Ulama terkenal di ibu kota itu, Mufti Muhamed Jusufpahic berkata, masyarakat Islam kecewa dan akan memfailkan bantahan kepada Presiden Serbia.

“Kami amat terkejut perkara ini berlaku ketika kemuncak sambutan Ramadan,” katanya.

Ibu negara Serbia dengan kira-kira 1.6 juta penduduk memiliki sejumlah 20,000 penduduk Islam dan hanya ada sebuah masjid dibina pada 1575, ketika wilayah Balkan diperintah empayar Uthmaniyyah Turki. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts