Solat di perkarangan al-Aqsa dibenarkan minggu depan

 

BAITULMAQDIS – Solat di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akan dibenarkan mulai minggu depan setelah hampir dua bulan ditutup ekoran penularan COVID-19, kata sebuah majlis agama, semalam.

Dalam satu kenyataan, Majlis Wakaf Islam mengatakan bahawa larangan solat di luar tempat suci tersebut akan ditarik balik selepas Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan.

Aidilftiri dijadualkan jatuh pada hari Sabtu atau Ahad.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan dan tiada maklumat menyatakan sama ada para jemaah akan dibenarkan masuk ke al-Aqsa dan Masjid Qubbah al-Sakhrah minggu depan.

Seorang pegawai agama Palestin di Baitulmaqdis memberitahu Reuters bahawa maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 

Bermula Mac lalu, seluruh perkarangan Masjid al-Aqsa ditutup kepada orang awam bermula bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kisswani memberitahu, al-Aqsa ditutup buat pertama kali sejak 1967 kepada semua jemaah susulan arahan daripada Yayasan Waqf yang bertanggungjawab menguruskan kompleks masjid terbabit. – Agensi

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts