COVID-19 kembali serang Tebing Barat, Palestin bertindak segera

 

BAITULMAQDIS – Kerajaan Palestin memutuskan untuk mengetatkan sekatan serta menutup jalan di seluruh Tebing Barat, susulan peningkatan kes wabak COVID-19 di wilayah berkenaan.

Penutupan jalan itu termasuk di bandar-bandar utama di Hebron al-Khalil, Bethlehem dan Nablus.

Gelombang jangkitan baharu melanda Tebing Barat pada pertengahan bulan ini, menyaksikan bandar Hebron sebagai pusat baharu wabak pandemik itu di Palestin – apabila sebilangan besar kes dilaporkan di sana.

Pada masa sama, Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtayeh mengerahkan, jawatankuasa kecemasan untuk kembali aktif di semua wilayah, bandar, kampung dan penempatan pelarian.

Beliau turut melarang semua bentuk perhimpunan awam termasuk majlis perkahwinan, upacara peringatan dan majlis graduasi.

Selain itu, rakyat Palestin yang tinggal di wilayah yang diduduki Israel diperintahkan untuk tidak mengunjungi Tebing Barat selama seminggu.

Malah, warga Palestin yang bekerja di Tebing Barat di Israel juga dilarang untuk keluar masuk, susulan Israel turut mencatatkan lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini.

Pakar perubatan berkata, kemunculan semula COVID-19 berpunca daripada penduduk Palestin yang tinggal di Israel atau penduduk Tebing Barat yang bekerja di Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts