Statut Rome, Agong dan jenayah homoseksualiti

 

1. Menurut laporan empat orang ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome, YDP Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia meletakkan homoseksualiti sebagai suatu jenayah.

2. Kertas kerja yang dikatakan berstatus sulit itu bagaimanapun telah terbocor dan ia mendedahkan dua perkara utama yang boleh menggugat kedudukan Agong sekiranya Statut Rome diratifikasi. Antaranya ialah Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia menganggap homoseksual sebagai satu jenayah. Ini adalah berdasarkan artikel 7 daripada Statut tersebut.

Artikel 7 daripada Statut Rome menyatakan bahawa sebarang penindasan terhadap kumpulan politik, bangsa, etnik, budaya, agama dan jantina boleh dianggap sebagai jenayah yang menggugat kemanusiaan.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/07/agong-can-be-prosecuted-for-criminalising-homosexuality-academics-claim-in/1740786

3. Kebimbangan berhubung kesan ratifikasi Statut Rom ini turut dinyatakan oleh seorang aktivis, Tuan Danial Shaari yang menulis tentang kesan pengiktirafan ini. Salah satunya adalah implikasi kepada penerimaan homoseksualiti di negara ini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/20662/KHAS/Pendapat/Kaji-implikasi-Statut-Rom

4. Kita boleh bayangkan bagaimana bersungguhnya sebahagian pihak yang inginkan Statut Rom ini diperjuangkan atas alasan kemanusiaan. Dalam isu ini DAP dilihat lantang mempertahankan Statut Rome. Antaranya:

4.1 Lim Kit Siang menegaskan bahawa, keputusan menarik diri dari Statut Rome bukan kehendak kerajaan:

https://www.sinarharian.com.my/article/22065/BERITA/Nasional/Tolak-Statut-Rom-bukan-kehendak-kerajaan-kata-Kit-Siang

4.2 Manakala MP DAP Kashturi menyifatkan mereka yang menolak Statut Rome sebagai “Bodoh, Bangang dan Selfish”. Beliau bagaimanapun telah memadam ciapan twitter tersebut.

https://ttkm.com.my/2019/04/06/tarik-diri-statut-rombodoh-bangang-dan-pentingkan-diri-sendiri-kata-kasthuri-mp-dap

4.3 Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo dari DAP pula menegaskan akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang menghasilkan kertas kerja yang menjelaskan ancaman Statut Rome terhadap institusi Raja.

https://www.sinarharian.com.my/article/22432/BERITA/Nasional/Statut-Rom-Kedudukan-empat-ahli-akademik-akan-dibincangkan

5. Di sini kita dapat lihat betapa ahli-ahli Parlimen dari DAP bermati-matian mempertahankan Statut Rome yang dilihat boleh memberikan pendakwaan kepada YDP Agong, malah boleh menyebabkan perkara homoseksualiti diiktiraf sekalipun ia bercanggah dengan Islam.

6. Sekalipun benar kita ingin mempertahankan hak-hak kemanusiaan, jangan pula kita terperangkap dengan kerangka pemikiran liberal barat yang beriya memperjuangkan kemanusiaan sehingga gagal membezakan hak manusia dan nafsu binatang.

7. Sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali kepada panduan yang ditentukan oleh al-Quran. Segala yang bertentangan dengan Allah dan Rasul, maka ia harus ditentang. Ahli akademik yang memberikan penerangan pula seharusnya dihargai, bukan di ancam kedudukan mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
3 comments
  1. Umat islam perlu bangkit mempertahankan hak hak yang mempertahankan ugama islam tak perlu nak sokong kerajaan yang nyata dan jelas meruntuhkan bangsa agama dan negara seperti ini. Yang nyata dan jelas pun berani apatah lagi yang tersembunyi. Ibarat musuh dalam selimut

  2. singkir kerajaan PH..susahkn rakyat dan negara.negara jd mundur.Hutang negara meniingkat giler..kerajaan fitnah

  3. Alhamdullillah satu persatu Allah tunjukkan. Ada hikmah kekalahan BN tempo hari. Masyarakat Cina & India kita telah kenal hati budi mereka. Ibarat melepas anjing tersebut. Mcm Belanda dpt tanah. Cuma org Melayu & islam masih x sedar lg. Mudah terperdaya dgn hasutan & fitnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts