Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Oxford susulan kecaman hukuman syariah

 

LONDON: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford Britain susulan kecaman global diketuai selebriti termasuk George Clooney dan Elton John susulan cadangan hukuman mati terhadap pesalah seks gay dan zina.

Sehingga April lalu, hampir 120,000 orang menandatangani petisyen menggesa Universiti Oxford menarik balik Ijazah Undang-undang Kehormat diberi pada 1993 kepada baginda, monarki kedua paling lama memerintah di dunia serta Perdana Menteri di negara kaya minyak itu.

Universiti Oxford berkata, Sultan Brunei memutuskan menyerahkan semula ijazah kehormat berkenaan pada 6 Mei lalu, ketika ia sedang meneliti keputusan penganugerahannya.

Berita mengenai keputusan itu didedahkan kepada umum pada Khamis.

 

 

“Sebagai sebahagian proses semakan, universiti menulis untuk memaklumkan Sultan Brunei pada 26 April 2019, meminta pandangan baginda sehingga 7 Jun 2019.

“Menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Mei 2019, Sultan Brunei membalas dengan keputusan memulangkan semula ijazah berkenaan,” kata Universiti Oxford dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Thomson Reuters Foundation.

Negara kecil Asia Tenggara itu mencetuskan kecaman apabila ia mendedahkan Undang-undang Syariah negara itu pada 3 April lalu, menghukum pesalah liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk direjam.

Bagi meredakan kritikan itu, awal bulan ini, baginda berkata, hukuman mati tidak akan dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan perubahan kanun jenayah.

Undang-undang itu yang turut menerima kecaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan selebriti dan kumpulan hak asasi berusaha memboikot semua hotel dimiliki baginda termasuk Dorchester di London dan Beverly Hills Hotel di Los Angeles. – Berita Harian

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts