Sumbangan al-Aqsa: Dakwaan Duta Palestin tak benar

 

BANGI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan tidak berasas oleh Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mendakwa, dana dikumpulkan untuk Al-Aqsa oleh rakyat negara ini tidak sampai ke Jabatan Wakaf Baitulmaqdis.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Walid menyebarkan dakwaan bahawa berjuta-juta dana ‘hilang’ dan belum sampai kepada penerima yang merupakan Jabatan Wakaf Baitulmaqdis.

Kenyataan itu mewujudkan kekeliruan serta ketidakpercayaan orang ramai terhadap organisasi-organisasi yang telah mendedikasikan kerja mereka untuk membebaskan Al-Aqsa, tegasnya.

Kelmarin, Walid dilaporkan berkata, sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk tujuan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa tidak sampai kepada pihak pengurusan di negara itu.

Beliau berkata, keadaan ini dikesan sejak dua tahun lalu selepas pihaknya menerima maklumat tidak ada penyaluran sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk Masjid Al-Aqsa, meskipun banyak pihak mengutip dana.

Walid berkata, derma dan sumbangan mencecah jutaan ringgit setiap tahun yang dikutip di negara ini sepatutnya sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir urus Kementerian Wakaf Jordan dan pihak berkuasa Palestin.

Bagaimanapun, menyelar dakwaan itu, Mohd Azmi yang juga mesra disapa Cikgu Azmi menegaskan, bukan semua dana yang disalurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu disahkan Jabatan Wakaf Baitulmaqdis.

“Selama ini NGO Malaysia di Palestin tidak pernah diragui. Usaha gigih mereka untuk memberi sokongan secara kewangan atau cara lain telah mendapat pengiktirafan oleh banyak rakyat Palestin baik di Gaza mahupun Tebing Barat.

“Justeru, tanpa fakta, kenyataan Walid itu, nampaknya secara sengaja menggambarkan NGO di Malaysia sebagai tidak boleh dipercayai.

 

 

“Sangat malang apabila duta besar itu tidak merujuk kembali NGO Malaysia untuk mendapatkan penjelasan. Sebaliknya dia membuat kenyataan yang merosakkan yang akan mewujudkan perselisihan faham antara organisasi yang bekerja untuk Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi menegaskan, dakwaan Walid bahawa Jabatan Wakaf Baitulmaqdis tidak menerima apa-apa sumbangan kewangan dari NGO Malaysia, boleh dibuktikan sebagai salah.

“Semua NGO pada umumnya bekerja mengikut prosedur yang sama, melaporkan kembali jumlah dana yang telah dikumpul kepada penderma dan orang awam.

“Setiap organisasi mempunyai laporan tersendiri yang sah untuk menunjukkan saluran dana mereka,” katanya.

Beliau menegaskan, kenyataan duta itu tidak boleh diterima kerana beliau memberikan imej negarif kepada NGO Malaysia yang mengendalikan isu Al-Aqsa.

“Tidak bijak menunjuk persepsi umum dan negatif terhadap NGO Malaysia yang sedang berusaha dalam isu Palestin.

“Sedangkan rakyat Malaysia, NGO berhati-hati dalam fungsi mereka membantu rakyat Palestin, mengeluarkan kenyataan bahawa dana tidak mencapai Jabatan Waqaf Baitulmaqdis sama sekali mengelirukan.

“Kami menggesa duta itu untuk menarik balik dan membetulkan kenyataannya kerana jika didapati ia berniat jahat maka akan ada tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp/telegram:
0193357019 (Ustaz Nu’man)

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Sikap bermuka-muka

  1. Al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap…