Susun strategi, bertindak cepat pertahan Baitulmaqdis: Hamas

 

GAZA – Rakyat Palestin tidak akan melupai isu utama iaitu Baitulmaqdis serta tanah mereka yang dicuri, dan akan kekal berdepan dengan cubaan rejim Zionis untuk membahagikan bandar suci itu, kata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, rejim Israel cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan realiti di tanah suci bagi membuktikan ianya adalah hak mereka, tetapi keunikan yang ada di dalam Baitulmaqdis itu menggagalkan usaha rejim Tel Aviv.

Katanya, sejarah panjang Baitulmaqdis menunjukkan kota itu mampu mengalahkan penjajah serta mempertahankan fakta Islam, selagi rakyat Palestin, orang Arab dan negara Islam tidak mengabaikan tanah suci itu atau menyerahkannya kepada Zionis.

Sehubungan itu, beliau menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk menyusun strategi, dan bertindak cepat mempertahankan Baitulmaqdis daripada kesan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv.

“Orang Arab dan umat Islam mesti bertindak cepat sebelum Amerika mengisytiharkan dan mengiktiraf negara Israel, menggantikan penempatan, dan menghancurkan hak rakyat Palestin kembali ke tanah mereka,” katanya.

Haniyeh menggesa Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diterajui Presiden Mahmoud Abbas dan Fatah, menyatakan pendirian yang jelas terhadap perkembangan yang berlaku dan menghentikan kerjasama dengan rejim Zionis, selain menamatkan Perjanjian Osla buat selama-lamanya.

Beliau berkata, tindakan menghalang Amerika melaksanakan keputusannya adalah dengan mengaktifkan penentangan bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada ancaman AS dan Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts