Syabas sukarelawan ISMA! Tungkus lumus bantu mangsa banjir

 

BANGI – Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Ts Lukman Al Hakim mengucapkan tahniah kepada sukarelawan ISMA yang telah berbesar hati untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas.

Beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang sederhana dan progresif, ISMA bergerak dengan dana daripada ‘poket’ ahli-ahli sendiri dan sumbangan orang ramai dari seluruh negara.

Namun, beliau berkata, capaian dan jumlah bantuan yang diberikan menjangkau lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh agensi kerajaan dan pihak berwajib.

“Tahniah dan syabas kepada semua petugas dan sukarelawan ISMA yang telah bertungkus lumus membantu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Lukman berkata, beliau mengakui bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan di seluruh negara kecuali Sarawak sedikit sebanyak merencatkan misi-misi bantuan yang telah lama dirancang.

“Namun kami tidak akan pernah berputus asa dan akan terus membantu mangsa-mangsa banjir dengan cara yang lebih kreatif dan selamat, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, ISMA Kota Bahru bersama pasukan Relawan Muda ISMA dan Aman Palestin sempat memberi bantuan kepada 250 buah keluarga di tujuh buah kampung.

Manakala, mangsa banjir terutama golongan sederhana dan kurang berkemampuan di Kampung Kuala Jengal, Dungun Terengganu juga mendapat perhatian Relawan Muda ISMA Dungun yang tampil menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan asas, lampin pakai buang dan peralatan sekolah.

Bantuan oleh ISMA turut digerakkan ke kampung-kampung dan pedalaman-pedalaman di daerah-daerah negeri Sabah dan mangsa banjir di Temerloh serta Kampung Sekara dan Kampung Batu Bor di Chenor, Pahang.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts