Syria berjaya pintas serangan udara pengganas Israel

 

DAMSYIK– Pasukan pertahanan udara Syria memintas serangan negara pengganas Israel di kawasan al-Qusayr, wilayah Homs, lapor media kerajaan.

Sumber tentera Syria dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa kerosakan material susulan serangan itu bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan.

Serangan awal pagi itu adalah yang serangan udara kedua rejim Zionis dalam minggu ini.

Sementara itu, tentera Israel mengatakan tidak mempunyai sebarang komen mengenai serangan berkenaan.

Isnin lalu, Syria mintas serangan ke atas Aleppo.

Sumber perisik Barat berkata, serangan Israel yang meningkat ke atas Syria sejak tahun lalu adalah sebahagian daripada perang bayangan yang dipersetujui Amerika Syarikat (AS).

Serangan itu juga sebahagian daripada dasar anti-Iran yang selama dua tahun terakhir, berusaha melemahkan kekuatan ketenteraan Iran tanpa memulakan peningkatan permusuhan yang ketara. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts