Menurut beliau, rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil pe­luang akses bebas visa melawat ke Taiwan untuk melancong ke negara itu.

“Kami menawarkan pelbagai lokasi pelancongan di Hualien yang boleh dilawati sepanjang tahun.

“Selain itu, wilayah ini juga mempunyai suku kaum orang asli Taiwan yang mempunyai pelbagai budaya, makanan dan juga kepakaran khusus yang menjadi daya tarikan di Hualien,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada kumpulan wartawan dari Asia Tenggara, Asia Selatan dan New Zealand yang dijemput melawat Wilayah Hualien melalui program mengenali NSP Taiwan di sini semalam.

Bi-khim berkata, Dasar Hala Ke Selatan Baharu (NSP) Taiwan yang diperkenalkan September tahun lalu akan membolehkan republik itu mengurangkan kebergantungan ekonomi dari China.

Katanya, ini ekoran China dilihat terus menekan Taiwan daripada pelbagai aspek termasuk ekonomi serta pelancongan dan negara itu perlu mengubah strategi yang lebih baik dalam menjadi pemain utama ekonomi Asia.

“Sejak 15 tahun lalu, ekonomi Taiwan terlalu bergantung kepada China yang mana mereka merupakan rakan dagang utama kami dengan 30 peratus daripada keseluruhan eksport Taiwan adalah ke tanah besar itu.

“Jadi, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memikirkan agar satu dasar baharu diperkenalkan untuk membolehkan 18 negara di selatan Taiwan yang dikenal pasti menjalinkan kerjasama ekonomi, usaha sama perdagangan, pertukaran tenaga pakar, perkongsian sumber dan kesalinghubungan serantau dengan kami,’’ ujarnya. – Utusan

www.indahnyaislam.my