Tak perlu tambah lapan minit waktu solat Subuh di NS

 

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak menambah masa lapan minit pada jadual solat fardu yang dikeluarkan jabatan itu.

Ia berikutan terdapat tular di laman sosial berhubung keperluan menambah lapan minit bagi waktu solat Subuh di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, takwim solat 1442H yang dikeluarkan pihaknya itu telah meletakkan waktu Subuh sebenar dan tidak perlu ditambah lagi.

“Takwim Hijri 1442H yang diedarkan oleh MAINS telah mengikut waktu solat yang sebenar tanpa perlu penambahan lapan minit secara manual.

“Sehubungan itu, semua masyarakat Islam di negeri ini khususnya pihak masjid dan surau perlu merujuk waktu solat dalam Takwim Hijri 1442H yang telah diedarkan oleh MAINS sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Yusof berkata, umat Islam juga disarankan supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang diterima selagi ia tidak dibuktikan sahih.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts