Tan Sri Harussani dianugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman

 

PUTRAJAYA – Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri hari ini.

Pada majlis sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr. Fauziah Mohd. Hassan masing-masing diumumkan Tokoh NGO Lelaki dan Wanita.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa pula diumumkan Tokoh NGO Belia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan piala, sijil dan tajaan menunaikan umrah kepada individu-individu terbabit. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts