Tarbiyah jiwa sebagai salah satu jalan ilmu

Membina jiwa untuk kembali kepada fitrah yang suci, adalah salah satu jalan menanggapi ilmu, menyingkap kebenaran, dan membina satu pancaindera baharu dalam melihat kewujudan.

Ia diumpamakan dalam ayat Surah An-Nur, ayat 35, mengenai cahaya Allah SWT yang meliputi langit dan bumi. Ibnu Qayyim menyebut bahawa jiwa yang suci atas fitrah juga bercahaya, sebelum datang kepadanya syariat agama.

يكاد زيتها يضيء ولو لم تمسسه نار
“Hampir-hampir minyak pelita itu bersinar cahaya, walaupun ia tidak disentuh api”

Apabila jiwa bersih, ia mampu memberi sinar hakiki. Pada ketika itu, cahaya wahyu yang datang ibarat hanya melengkapkan cahaya fitrah, menjadi gabungan cahaya yang sempurna.

نور على نور
“Cahaya di atas cahaya”

Orientasi tarbiyah perlu dilihat lebih besar daripada semata-mata pembinaan peribadi yang baik dan menjaga tuntutan syariat, bahkan ia perlu dilihat dalam menghasilkan peribadi yang berilmu, menanggapi kebenaran dengan deria fitrah yang suci, hingga mampu mencerap panduan ilahi, walaupun tidak disebut dalam wahyu dan kitab suci.

يهدي الله لنوره من يشاء
“Allah memberi hidayah / petunjuk untuk cahaya-Nya, kepada sesiapa yang Dia kehendaki”

Demikianlah akhirnya, kehendak Tuhan menentukan siapa yang Dia mahu dalam jalan hidayah, dan kehendak Tuhan juga menentukan, salah satu jalan ilmu adalah dengan mengembalikan jiwa kepada asal fitrah.

ومن لم يجعل الله له نورا فما له من نور
“Barangsiapa yang tidak diberikan cahaya oleh Allah, maka tiadalah baginya sebarang bentuk cahaya” – Surah An-Nur

Wallahua’lam bissawaab

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts