Terus pantau, ambil tindakan terhadap orang Islam berjudi

Putrajaya: Penguat kuasa Islam digesa terus menjalankan tugas penguatkuasan terhadap orang Islam terbabit dengan aktiviti judi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, pelaksanaan undang-undang sedia ada mengenai aktiviti perjudian dalam kalangan orang Islam sudah mencukupi bagi membendung aktiviti tidak sihat itu.ADVERTISING

Beliau sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menguatkuasakan undang-undang apabila lesen diberikan, tetapi sekurang-kurangnya ada penguat kuasa menangkap orang Islam terbabit dengan judi.

“Biar kita serbu pusat menjalankan aktiviti perjudian itu dua atau tiga kali, nanti mereka yang terbabit akan merasa bimbang.

“Penguatkuasaan ini diadakan melalui undang-undang sedia ada sebab orang Islam diharamkan berjudi dan langkah serta cadangan ini boleh mengurangkan aktiviti perjudian dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam seisi dialog sempena Program Pertemuan Pemimpin-Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia (Maim) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam 2021 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan.

Program anjuran Yadim ini bertujuan menghimpunkan seluruh pimpinan dan wakil Organisasi Bukan Kerajaan (NGO-I) yang berada di bawah Maim dan Yadim serta mempertemukan pemimpin Islam dan Melayu daripada pelbagai kelompok parti politik, NGO, kepimpunan masyarakat badan dakwah Islam di Malaysia.

Ia bagi membincangkan dan mencari kesepakatan kepada gerak kerja bersama ke arah penyelesaian isu berkaitan ummah

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah mempertahankan keputusan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian seluruh negeri itu, walaupun mendapat bantahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Mengenai cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah, Idris berkata, sebagai Bahagian Hal Ehwal Agama, pihaknya hanya sebagai penyelaras dan di peringkat negeri ditentukan Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan berkenaan perkara itu termasuk ada pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan saf solat diadakan ketika ini.

Katanya, kelulusan di peringkat negeri tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri dan di Wilayah Persekutuan, kementerian memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts