‘The Muslim App’ hubung umat Islam seluruh dunia

PETALING JAYA: Aplikasi untuk kemudahan umat Islam pilihan ramai, Waktu Solat Malaysia (WSM) baru-baru ini mengumumkan pelancaran versi terbaharunya yang  dikemas kini, sekali gus melancarkan aplikasi global, ‘The Muslim App’.

Ia menawarkan fungsi yang lebih canggih serta pengalaman yang lebih lancar bagi memastikan penyusunan solat harian dan aktiviti keagamaan yang lancar, terutama ketika Ramadan.

Aplikasi ‘The Muslim App’ menembusi halangan dan menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dengan waktu solat dan arah kiblat yang tepat. 

Pengembangan global ini mencerminkan dedikasi WSM dalam berkhidmat kepada komuniti Muslim global, merentasi sempadan geografi. 

Pengurus Besar Teknologi dan Inovasi REV Media Group, Mohamed Aafrin berkata pihaknya teruja memperkenalkan ciri Waktu Solat Malaysia yang diperbaharui dan aplikasi ‘The Muslim App’.

“Misi kami adalah untuk menyediakan alat digital yang komprehensif untuk umat Islam di seluruh dunia, menyokong perjalanan rohani anda di mana sahaja anda berada,” katanya.

Selain ciri penting seperti waktu solat yang tepat dan arah Qiblat, aplikasi ini menawarkan sumber untuk bacaan al-Quran, memudahkan pertumbuhan rohani dan pembelajaran pengguna, terutamanya sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan.

Dengan jumlah muat turun tertinggi dalam kalangan aplikasi  Islamik di Malaysia, WSM kekal sebagai pilihan utama bagi jutaan orang.

Jadikan perjalanan ibadah anda lebih bermakna dengan aplikasi WSM dan ‘The Muslim App’.

Muat turun aplikasi WSM di Apple App Store dan Google Play Store sekarang.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts