Tidak berdendam itu sifat ahli syurga

  1. Salah satu sifat ahli syurga seperti mana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran ialah Allah telah menghilangkan sifat hasad dan dendam di dalam hati mereka sehingga jiwa mereka menjadi bersih dan sejahtera. Firman Allah:

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ

“Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing..” (Surah al-A’raf: 43)

  1. Mereka yang bercita-cita ingin masuk ke syurga perlu berazam untuk membuang sifat hasad dan dendam di dalam hati mereka. Kesombongan jiwa menghalang mereka untuk ke syurga. Benarlah sabda Rasulullah:

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر

“Tidak masuk ke syurga mereka yang ada di dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.” (HR Muslim).

  1. Terlalu kuat berdendam dan berdengki dengan orang lain menjadikan jiwa keras dan kotor. Jiwa yang kotor akan memakan amalan-amalan kebaikan kita. Sabda Rasulullah:

إيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ، فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

“Jauhkan diri kamu dari hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti mana api yang membakar kayu.” (HR Abu Daud)

  1. Oleh yang demikian, sucikan hati dengan melatih hati memaafkan manusia. Perkukuhkan jiwa dengan membaca al-Quran dan mengingati Allah melalui zikir dan solat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts