TikTok anjuran KPT langgar Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

BANGI – Di saat negara sedang bertarung dengan wabak COVID-19, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad tanpa segan silu menganjurkan pertandingan ‘TikTok’ untuk golongan mahasiswa IPT, kononnya untuk menyerlahkan kreativiti mereka.

Lebih menjengkelkan apabila Noraini turut serta ber’TikTok’ menerusi video promosi yang dimuat naik di Twitter, bagaimanapun telah dipadam selepas mendapat kecaman netizen.

Menyifatkan menteri itu seolah-olah ketandusan idea, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustazah Dr Suriani Sudi menegaskan pertandingan ‘TikTok’ hanya membuka ruang ke dunia khayalan dan kemaksiatan.

Beliau berkata, Noraini sepatutnya mengutamakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia.

“Falsafah itu turut melahirkan rakyat yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

 

“Maka di manakah letaknya pertandingan TikTok ini dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Suriani yang juga pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berkata, Noraini juga sepatutnya memikirkan cara untuk menambahkan ilmu dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata, terdapat banyak lagi pertandingan yang lebih sesuai seperti penulisan artikel dan mereka cipta aplikasi baharu, berbanding ‘TikTok’ yang disifatkan sebagai mengikut budaya hedonisme Barat.

“Menanam nilai-nilai murni ke dalam jiwa mahasiswa adalah lebih utama dalam keadaan keruntuhan sosial belia masa kini dan keruntuhan akhlak mereka.

“Pertandingan ‘TikTok’ membuka ruang ke dunia khayalan dan kemaksiatan. Mahasiswa beginikah yang ingin dilahirkan?,” soalnya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts