Tilawah 20 Juzuk satu malam

Muhammad Kamil Mohd Fauzi (berkaca mata) adalah pemenang cabaran Mengaji Marathon anjuran ISMA di Program Iktikaf Perdana di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Beliau habiskan tilawah 401 muka surat bermula azan isyak hingga 9.30 pagi esoknya.

Setelah diumumkan sebagai pemenang, beliau dijemput menceritakan usahanya. “Saya tidur hanya 1 jam, dan saya fokus pada tilawah. Saya hafiz Al-Quran, jadi saya baca laju, iaitu 1 muka surat 1 minit”, kongsinya.

Cabaran Mengaji Marathon dibahagi kepada 3 kategori, iaitu novice, semi-pro dan pro. Semua peserta lepasan pusat tahfiz hanya boleh sertai kategori Pro, iaitu wajib habiskan tilawah 100 muka surat. Untuk kategori novice, peserta wajib habiskan tilawah 40 muka surat, manakala semi pro 60 muka surat.

Pencapaian Muhammad Kamil ini mengingatkan saya kepada hadis Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al-Quran setiap bulan sekali”. Aku (Abdullah) menyatakan, ” Aku mampu lakukan lebih baik dari itu”. Baginda terus mengurangi tempohnya sehingga menjadi 3 hari” (Sahih Bukhari).

Syabas, Muhammad Kamil! Inilah gambaran kehebatan generasi muslimin terbaik yang kita cuba contohi. Apabila anak muda kita mampu contohi imam Asy-Syafie yang khatam 60 kali di Ramadan, insyaAllah keadaan umat kita pasti lebih baik.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts